KUALA LUMPUR: Seramai lapan juta pengguna perkhidmatan bekalan air membabitkan 87 peratus domestik dan 13 peratus bukan domestik di Semenanjung serta Wilayah Persekutuan Labuan menikmati pengecualian kenaikan caj cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa hari ini.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) dalam kenyataan memaklumkan seramai 4.7 juta lagi pengguna perkhidmatan pembetungan di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan juga tidak terkesan dengan kenaikan caj itu.
"Kerajaan akan terus komited dan prihatin bagi memastikan keperluan asas rakyat diutamakan.
"Kementerian juga ingin mengingatkan orang awam untuk menggunakan air secara berhemat terutama ketika negara sedang berhadapan dengan musim panas dan kering di kebanyakan negeri," menurut kenyataan itu.
Bermula hari ini, kadar baharu SST naik kepada 8 peratus berbanding 6 peratus sebelum ini seperti diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2024 Oktober tahun lepas.
Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan daya tahan kewangan negara sambil mengurangkan defisit belanjawannya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024
Seramai 4.7 juta lagi pengguna perkhidmatan pembetungan di seluruh Semenanjung dan Labuan juga tidak terkesan dengan kenaikan caj itu. - Gambar hiasan
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
FAMA pastikan pengguna mudah dapat bawang merah tempatan
Pada peringkat permulaan ini, FAMA telah menyasarkan jualan bawang tempatan itu melalui promosi Kombo MADANI sempena program Jualan Agro MADANI.
Lapan juta pengguna perkhidmatan air nikmati pengecualian caj SST - Petra
Seramai 4.7 juta lagi pengguna perkhidmatan pembetungan di seluruh Semenanjung dan Labuan juga tidak terkesan dengan kenaikan caj itu.
ChatGPT berupaya simpan butiran pengguna
Chatbot iaitu ChatGPT tidak lama lagi berupaya menyimpan maklumat dan data mengenai penggunanya.
Bekalan air 120,000 pengguna pulih sepenuhnya
Ia berikutan kerja-kerja pelan B bagi inisiatif respons kecemasan Sungai Perai berjaya disiapkan, iaitu 24 jam lebih awal daripada jadual.
Gangguan bekalan air berjadual di Pulau Pinang pulih sepenuhnya
PBAPP memaklumkan telah berjaya memulihkan bekalan air kepada 590,000 keseluruhan pengguna yang terjejas gangguan bekalan air berjadual.
Perdagangan runcit dijangka berkembang 7.5 peratus pada 2024 - MIDF Research
Dalam tempoh 11 bulan pertama 2023, jualan perdagangan pengedaran Malaysia meningkat sebanyak 7.9 peratus tahun ke tahun dengan perdagangan runcit meningkat 9.4 peratus.
Jualan Agro Madani: Buka peluang perkenal produk jenama Peladang
Menerusi Jualan Agro Madani ini juga pengguna memperolehi manfaat dengan kuasa beli yang mereka ada untuk mendapatkan barangan pada harga yang lebih rendah.
Jualan Agro Madani: Usaha bantu usahawan dan pengguna
Program Jualan Agro Madani Mega ini juga membantu usahawan tani memasarkan produk mereka terus kepada pengguna.
Peniaga kecil lega tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik
Pelarasan tarif elektrik di Semenanjung mulai tahun depan tidak menjejaskan peniaga kecil dan hanya melibatkan pengguna bekalan tinggi.
B40 tarik nafas lega pengumuman ST, mahu terus jimat elektrik
Pengguna dengan bil elektrik bulanan bawah RM220 masih mendapat rebat dua sen/kwj seperti sediakala.