awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa terus meningkat

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
02/01/2022
00:25 MYT
Lapan lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa terus meningkat
Terdapat peningkatan sebanyak 355 orang mangsa banjir di Segamat pagi ini. - Gambar fail Astro AWANI
SEGAMAT: Lapan lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat jam 4 pagi ini, hari kedua tragedi banjir melanda daerah ini.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 27 PPS yang beroperasi setakat awal pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan berkata, bilangan mangsa banjir di daerah itu terus meningkat kepada 1,491 orang yang terdiri daripada 378 keluarga.
Jelasnya, berlaku peningkatan jumlah mangsa sebanyak 355 orang, berbanding 1,136 daripada 290 keluarga yang ditempatkan di 19 PPS setakat jam 8 malam tadi.
"Sebanyak 27 PPS beroperasi sejak jam 4 pagi tadi, menempatkan 1,491 mangsa daripada 379 buah keluarga.
"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang masih merekodkan jumlah penempatan mangsa tertinggi dengan 267 orang daripada 73 keluarga.
"Ia diikuti PPS SK Batu Anam dengan 256 mangsa dari 70 keluarga, sementara PPS Dewan Serbaguna Logah merekodkan sejumlah 211 mangsa daripada 53 keluarga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, antara agensi yang terlibat dalam operasi penempatan mangsa banjir di Segamat ialah Pejabat Pegawai Daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, selain Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Rela.
"Turut terlibat, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Meteorologi Malaysia bagi memperhalusi operasi banjir di Segamat," tambahnya.
Vidyananthan turut memaklumkan, terdapat beberapa jalan di daerah itu yang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan, manakala terdapat jalan yang hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja.
Topic Berkaitan
#banjir johor
#Segamat
#PPS
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan