awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan orang termasuk pesara kerajaan aktif ajaran sesat Millah Abraham ditahan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
28/11/2024
03:00 MYT
Lapan orang termasuk pesara kerajaan aktif ajaran sesat Millah Abraham ditahan
Anggota penguatkuasa melakukan serbuan dan menahan individu yang dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham dalam satu operasi bersepadu di Melaka, awal pagi tadi.
JASIN: Seorang pesara kerajaan termasuk tiga pasangan suami isteri dan dua lelaki yang dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham antara lapan individu ditahan pihak berkuasa dalam satu operasi bersepadu di Melaka, awal pagi tadi.
Dalam serbuan di empat buah rumah sekitar Jasin yang berakhir kira-kira pukul 4 pagi tadi, mereka berumur antara 28 dan 72 tahun itu ditahan dalam operasi membabitkan 70 pegawai dan anggota Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, tangkapan itu dibuat dalam empat serbuan berasingan yang dilakukan secara serentak selepas menerima aduan awam.
“Kita menerima aduan awam memaklumkan masih berlaku penyebaran dan pengamalan ajaran Millah Abraham yang telah diwartakan di negeri Melaka sebagai menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam.
“Dalam serbuan ini, pasukan operasi telah pun menahan lapan individu iaitu lima lelaki dan tiga perempuan termasuk tiga pasangan suami isteri dan dua lelaki antaranya pesara kerajaan, pekerja swasta, bekerja sendiri dan suri rumah,”katanya di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Rahmad berkata, berdasarkan soal siasat yang dijalankan terhadap mereka yang ditahan, ada antara mereka mengaku sudah beberapa tahun tidak menunaikan solat fardu lima waktu sehari dan solat Jumaat.
Katanya, malahan pengajian pengikut ajaran tersebut dilakukan secara dalam talian menerusi beberapa aplikasi tertentu dan mereka juga aktif untuk merekrut ahli baharu terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan.
“Hasil penggeledahan terdapat banyak barang kes telah disita dan dirampas, antaranya buku berkaitan ajaran Millah Abraham seperti Ruhul Qudus Eksistensi dan Esensi Al-Quran.
“Buku lain adalah Jalan Kebenaran Universal, Renungan Spiritual, Membaca Alam Membaca Zaman selain peralatan elektronik berupa komputer riba, telefon bimbit turut dirampas bagi membantu siasatan,” jelasnya lagi.
Menurut Rahmad, kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 iaitu menghina agama Islam dengan mengingkari atau Melanggar fatwa yang telah diwartakan.
“Mereka juga dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 60 Enakmen sama iaitu kesalahan ajaran salah dan Seksyen 48 iaitu kesalahan penerbitan agama yang berlawanan dengan hukum syarak,” katanya.
Topic Berkaitan
#ajaran sesat
#Milah Abraham
#pesara kerajaan
#rekrut ahli baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan