KOTA BHARU: Lapan premis menjual makanan di Tumpat diarahkan tutup selama 14 hari kerana didapati tidak mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata arahan penutupan itu dikeluarkan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
"Dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih yang dijalankan di sekitar Tumpat semalam, pihak JKNK telah memeriksa 59 premis makanan melibatkan kedai makan, restoran dan kilang makanan.
"Sebanyak 99 Notis Seksyen 32B, Memerintahkan Kehadiran di Mahkamah telah dikeluarkan oleh JKNK kepada pemilik premis dan pengendali makanan atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Zaini berkata 99 notis Seksyen 32B yang dikeluarkan adalah melibatkan kesalahan tidak mempamerkan Perakuan Pendaftaran di premis makanan, tidak mematuhi kehendak berhubungan dengan tugas am tuan punya, pemilik atau penghuni premis makanan dan berkaitan pakaian pengendali makanan.
"Kesalahan lain pula adalah berhubungan dengan kebersihan pengendali makanan dan kewajipan untuk mengekalkan premis dalam keadaaan bersih.
"Kesemua notis seksyen 32B, boleh dibayar kompaun dalam tempoh masa sebulan dari tarikh notis dikeluarkan," katanya.
Dr Zaini menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pemilik dan pengendali premis makanan untuk memastikan premis mereka bersih pada setiap masa.
Katanya, pemilik premis makanan yang didapati tidak mematuhi elemen-elemen penting kebersihan akan diberi bimbingan untuk mengambil tindakan pembetulan bagi meningkatkan tahap kebersihan premis mereka dan jika masih ingkar, boleh dikenakan arahan penutupan di bawah akta berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024
Dr Zaini berkata arahan penutupan itu dikeluarkan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983. - Gambar fail/Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
RM1.4 juta kompaun kesalahan merokok dikeluarkan sepanjang Mac - KKM
Kompaun itu hasil aktiviti penguatkuasaan terhadap 18,178 premis sepanjang Mac lepas dengan sejumlah 8,926 notis kesalahan dikeluarkan.
DBKL arah tutup premis makanan kotor, jijik
DBKL berkata, penutupan premis itu susulan Operasi Sepadu Bersih yang dijalankan sekitar Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bukit Bintang.
Cadangan wujud kawasan khas merokok belum dimuktamad - Dr Dzulkefly
Syor bagi mewujudkan kawasan khas merokok khususnya di premis makanan yang mempunyai kawasan sempit masih belum dimuktamadkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Lapan premis makanan di Tumpat diarah tutup 14 hari - JKNK
Lapan premis menjual makanan di Tumpat diarahkan tutup selama 14 hari kerana didapati tidak mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan.
Najis tikus dalam stor simpan bahan mentah, tiga premis makanan diarah tutup
MBPP berkata arahan penutupan selama 14 hari sehingga 30 Januari ini dibuat di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Establisymen Makanan MPPP 1991.
Lebih RM1 juta kompaun kesalahan merokok dikeluarkan
Kompaun itu merupakan hasil aktiviti penguatkuasaan kementerian terhadap 23,093 premis yang dilawati sepanjang September lalu.
Pengendalian makanan di 94.8 peratus premis mematuhi tahap kebersihan ditetapkan
94.8 peratus daripada 45,467 premis yang diperiksa sejak Januari hingga Ogos tahun ini, mematuhi tahap kebersihan ditetapkan.
Tiga premis makanan di Dalat diarah tutup selama 14 hari
Semasa pemeriksaan dilakukan, sebanyak enam notis perintah untuk hadir ke mahkamah telah dikeluarkan.
14,872 notis kesalahan merokok di premis makanan dikeluarkan hingga April
Notis kesalahan merokok di tempat makan paling tinggi di Selangor (6,414), diikuti Johor (3,095), Pahang (2,935) dan Pulau Pinang (2,725).