Sebanyak lapan persatuan sukan kebangsaan telah mengemukakan rayuan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM), bagi disertakan dalam Sukan SEA ke-31 di Vietnam pada tahun hadapan.
Lapan sukan berkenaan adalah sambo, kriket, pelayaran, bola jaring, boling padang, hoki dalam dewan, skuasy dan ragbi tujuh sebelah.
Presiden MOM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, kesemua permohonan tersebut akan dibawa oleh wakil MOM sewaktu sesi maya bersama ahli Persekutuan Sukan SEA (SEAGF), pada 21 dan 22 Julai ini.
Beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nazifuddin Najib, untuk mendapatkan senarai penuh sukan daripada persatuan sukan kebangsaan yang bercadang membuat rayuan kepada MOM.
"Mengikut anggaran kasar, berdasarkan cadangan (jenis sukan) dari Vietnam, kita akan kehilangan lebih kurang 18 pingat emas, jika dibandingkan dengan penyertaan kita pada Sukan SEA 2019 di Filipina.
"Kalau dibezakan dengan edisi 2017, kita akan kehilangan 40 emas," katanya pada sidang media, selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM ke-193, di Wisma OCM, di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Mohamad Norza tidak menolak kemungkinan bahawa lebih ramai atlet muda dan pelapis, akan dihantar bertanding pada Sukan SEA 2021, namun tertakluk kepada perbincangan bersama Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, serta persatuan sukan kebangsaan.
Beliau menegaskan penglibatan lebih ramai atlet muda atau pelapis, adalah sebagai medan pendedahan sebelum mereka berdepan temasya sukan yang lebih besar, termasuk Sukan Asia dan Sukan Komanwel.
Vietnam dilaporkan bercadang menganjurkan 36 sukan, melibatkan 450 acara pada edisi ke-31 dari 21 Nov hingga 2 Dis depan.
Malaysia menduduki tempat kelima pada Sukan SEA 2019 di Filipina, menerusi kutipan 56 emas, 58 perak dan 71 gangsa dalam 52 daripada 56 acara keseluruhan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 18 2020
Mohamad Norza berkata kesemua permohonan tersebut akan dibawa oleh wakil MOM sewaktu sesi maya bersama ahli Persekutuan Sukan SEA (SEAGF), pada 21 dan 22 Julai ini. - Gambar gambar/BERNAMA
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Jadikan pencapaian cemerlang Wendy inspirasi buat atlet pelapis - Mohamad Norza
Mohammad Norza berharap pencapaian Wendy Ng akan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengekalkan dominasi Malaysia dalam sukan itu di pentas antarabangsa.
Di mana prestij Sukan Komanwel jika hanya 10 acara dipertandingkan? - Pekan
"Sukan (Komanwel) ini tahap apa? Sukan SEA pun lebih banyak acara (jadi kalau terima) ia seolah-olah sekadar nak mengadakan sahaja."
Penganjuran Sukan Komanwel 2026 tidak membebankan - Nazifuddin
Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Najib, menyangkal dakwaan bahawa kerajaan akan merasa terbeban dengan kos penganjuran.
Malaysia ditawar secara rasmi jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Tawaran itu merangkumi pelaburan kewangan yang besar menjangkau 100 juta pound (kira-kira RM601 juta) untuk menyokong perancangan bagi penganjuran edisi 2026 itu.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Olimpik Paris: Johnathan atlet ketiga negara layak secara merit
Penembak negara, Johnathan Wong, menjadi atlet ketiga Malaysia layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Belanjawan 2024 mesra industri sukan - MOM
Belanjawan 2024 ambil kira keperluan semua lapisan keluarga sukan negara, kemuncaknya peruntukan RM20 juta untuk program 'Road To Gold'.
Kejayaan 32 pingat Sukan Asia Hangzhou tutup mulut pengkritik sukan negara
Kejayaan itu hasil perancangan rapi pemegang taruh utama iaitu Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), MSN, MOM dan Institut Sukan Negara (ISN).
MOM tunggu laporan penuh ISN keadaan Azizulhani
MOM sedang menunggu laporan penuh Institut Sukan Negara (ISN) berhubung keadaan semasa Azizulhasni susulan kemalangan.
Penetapan sasaran Sukan Asia dijangka guna pendekatan baharu - MOM
MOM serahkan kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh untuk memutuskan pendekatan yang bakal digunakan berhubung sasaran pingat Sukan Asia Hangzhou 2022.