awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan terperangkap di air terjun Sungai Tekala ketika berkelah

Bernama
Bernama
11/05/2014
00:00 MYT
Lapan terperangkap di air terjun Sungai Tekala ketika berkelah
Air Terjun Sungai Tekala, Semenyih.
Lapan termasuk tiga kanak-kanak lelaki warga Iraq terperangkap ketika cuba menyeberang sungai di Air Terjun Sungai Tekala, Semenyih, pada hari Sabtu.
Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa yang terdiri daripada dua lelaki, tiga wanita dan dan tiga kanak-kanak berusia empat hingga 33 tahun itu datang ke kawasan air terjun berkenaan untuk berkelah.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata ketika mangsa ingin pulang dengan menyeberang sungai, air sungai tiba-tiba naik mendadak dan arus deras akibat hujan lebat.
Beliau berkata mangsa menghubungi bilik gerakan Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih pada 6.28 petang selepas menyedari peningkatan paras air di sungai itu ketika ingin menyeberang.
"Pihak kami mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap 100 meter dari tapak air terjun selebar kira-kira 4.57 meter dengan menggunakan tali.
"Kesemua mangsa dapat diselamatkan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama.
Topic Berkaitan
#air terjun
#berkelah
#hujan lebat
#Iraq
#Mohd Sani Harul
#Semenyih
#Sungai Tekala
#terperangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan