KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memastikan semua lapangan terbang antarabangsanya bersedia untuk menerima kemasukan penumpang antarabangsa ke negara ini sebaik sahaja sempadannya dibuka semula pada 1 April, 2022, seperti yang diumumkan kerajaan pada Selasa.
Pengendali lapangan terbang itu sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa terutama Kementerian Kesihatan (KKM), bagi menambah baik aliran proses di lapangan terbang terutama bagi ketibaan.
"Bagi tujuan itu, maklum balas daripada penumpang sejak beberapa bulan yang lepas turut diambil kira supaya pengalaman penumpang menjadi selancar yang mungkin sementara kesejahteraan mereka terus dilindungi," katanya dalam satu kenyataan.
Pengarah Urusan Datuk Iskandar Mizal Mahmood dalam kenyataan yang sama berkata "kecekapan protokol keselamatan di lapangan terbang adalah bidang tumpuan utama kerana ia memainkan peranan utama dalam memastikan pengalaman pemprosesan penumpang yang menyenangkan."
Antara langkah yang diambil oleh MAHB untuk memastikan kesediaan lapangan terbang termasuk menempatkan lebih ramai kakitangan berpengalaman mengendalikan pelanggan di lapangan, serta memasang lebih banyak papan tanda dan tempat duduk di seluruh terminal untuk kemudahan dan keselesaan yang lebih baik kepada penumpang.
Selain itu, lebih 22,000 ahli komuniti lapangan terbang telah diberi vaksin sepenuhnya. Pengendali lapangan terbang itu ingin mengingatkan semua penumpang dan tetamu lapangan terbang untuk terus mematuhi semua protokol keselamatan bagi kepentingan orang ramai.
"Kita perlu memastikan mereka mempunyai tanggapan yang baik terhadap Malaysia sebaik sahaja mereka memijak bumi kita dan tanggapan pertama ini akan bermula di lapangan terbang. Ketersediaan portal Protokol COVID-19 akan sangat membantu dalam memudahkan proses ketibaan kerana penumpang kini boleh mendapatkan maklumat terkini daripada satu sumber," kata Iskandar.
"Kami berharap untuk melihat pertumbuhan yang baik dalam pergerakan trafik penumpang dan pesawat antarabangsa kami kerana ini akan menyumbang dengan ketara kepada prestasi perniagaan kumpulan dan komuniti lapangan terbang. Antara lain, pelancongan masuk juga akan kembali cergas dan kesan limpahan di seluruh rantaian nilai akan memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia secara positif," katanya.
MAHB adalah satu daripada kumpulan pengendali lapangan terbang terbesar di dunia dari segi bilangan penumpang yang dikendalikan. Ia mengurus dan mengendalikan 39 lapangan terbang di Malaysia dan satu lapangan terbang antarabangsa di Istanbul, Turki.
Sejumlah 39 lapangan terbang di Malaysia itu terdiri daripada lima lapangan terbang antarabangsa, 16 lapangan terbang domestik, dan 18 lapangan terbang berlepas dan mendarat jangka pendek (STOLports). Lapangan terbang utamanya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, adalah antara hab penerbangan pilihan di rantau ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 09 2022

MAHB sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa terutama KKM bagi menambah baik aliran proses di lapangan terbang terutama bagi ketibaan. - Astro AWANI/Shahir Omar

Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau sendiri telah hadir ke beberapa sesi libat urus bagi mendengar pandangan semua pihak.

Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan
Trump merujuk kepada 'perdagangan timbal balik', supaya AS dilayan secara adil dengan negara lain.

Peruntukan RM18.9 juta bagi transformasi digital di 100 klinik kesihatan tahun ini
Transformasi digital itu termasuk pelaksanaan sistem pengurusan digital berasaskan awan (CCMS) di 100 klinik kesihatan (KK) seluruh negara.

Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.

Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.

Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin
Majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu.
Indonesia rangka peratusan had umur, lindungi kanak-kanak di platform digital
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.

Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.
AWANI Ringkas: Op Sky: Keterangan tiga selebriti bantu lengkap siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ribut salji ganggu penerbangan di Lapangan Terbang Jeju
Korean Air membatalkan semua penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Jeju bermula 10 pagi.

Sistem kod QR akan diperluas di lapangan terbang seluruh negara
Penggunaan kod respons pantas (QR) bagi urusan imigresen akan diperluaskan di semua lapangan terbang seluruh negara.

Lapangan terbang di Los Angeles terjejas akibat kebakaran di selatan California
Beberapa lapangan terbang dan destinasi pelancongan di kawasan Los Angeles serta bahagian lain di selatan California terjejas akibat kebakaran hutan dan angin kencang.

Serangan Israel di lapangan terbang Yaman boleh lumpuh bantuan kemanusiaan - PBB
Julien Harneis memberi amaran sekiranya lapangan terbang Sanaa tidak mampu beroperasi, ia berkemungkinan melumpuhkan operasi bantuan kemanusiaan.

Vanuatu sambung semula operasi penerbangan selepas gempa bumi
Airports Vanuatu Limited, pemilik dan pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Port Vila membuat pengumuman itu pada Sabtu.

MAHB catat 11.2 juta pergerakan penumpang pada November, hampir paras sebelum pandemik
Pergerakan penumpang antarabangsa menyumbang 54 peratus kepada jumlah trafik, melebihi bahagian trafik sebelum pandemik sebanyak 48 peratus.

Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024
Lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Sarawak mencatatkan 95,441 pergerakan pesawat yang membawa 7.56 juta penumpang setakat suku ketiga tahun ini.

Penumpang dilarang guna bagasi skuter di apron lapangan terbang - CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengeluarkan arahan keselamatan yang melarang penggunaan bagasi pintar atau 'skuter' sebagai mod pengangkutan dalam kawasan apron lapangan terbang.

Gunung Berapi Lewotobi Indonesia: 127 rakyat Malaysia telah tinggalkan Labuan Bajo
127 orang meninggalkan Labuan Bajo melalui pengangkutan laut atau udara selepas operasi penerbangan domestik di sambung semula pada Rabu.

Pakistan wajibkan pengesahan biometrik di lapangan terbang
Mesin-mesin pengesahan biometrik akan dipasang di kaunter imigresen antarabangsa di lapangan terbang untuk menambah keberkesanan.