Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa orang ramai supaya tampil melaporkan insiden atau kandungan berunsur 3R iaitu Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royalty (Institusi Diraja) di media sosial terus kepada suruhanjaya itu.
Dalam kenyataan pada Sabtu, MCMC memaklumkan laporan itu boleh dibuat melalui aplikasi WhatsApp di talian 016-220 6262 atau e-mel kepada mediasosial@mcmc.gov.my.
Menurutnya, platform itu akan memudah dan mempercepatkan proses tindakan penguatkuasaan diambil terhadap kandungan 3R dengan kerjasama pihak berkepentingan.
Orang ramai diminta mengambil tangkapan skrin dan pautan (URL) kepada kandungan yang tidak berhemah di media sosial dan hantar ke talian atau e-mel berkenaan.
Bagi kandungan negatif yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp, mereka perlu mengambil tangkapan skrin berserta nombor telefon individu bagi tujuan aduan, menurut MCMC.
Suruhanjaya itu seterusnya mengingatkan orang ramai agar mengamalkan sikap kesederhanaan ketika mengulas mengenai isu sensitif bagi memelihara keharmonian dan kedamaian yang dicapai melalui persefahaman yang dibina sejak 62 tahun lepas.
Ia menegaskan bahawa sebarang ulasan dan penyebaran kenyataan berunsur negatif serta mengancam perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu dihentikan segera demi kepentingan bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 17 2019

Bagi kandungan negatif yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp, mereka perlu mengambil tangkapan skrin berserta nombor telefon individu bagi tujuan aduan. - Gambar hiasan

Pembangkang setuju sertai Jawatankuasa Khas Bebas mengenai darurat
Blok pembangkang bersetuju menghantar tiga nama Ahli Parlimen bagi menyertai Jawatankuasa Khas Bebas yang akan menasihati secara langsung Yang di-Pertuan Agong berhubung darurat.

ASEAN perlu ada CDC sendiri - Dr Jemilah Mahmood
Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai Kesihatan Awam Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menyuarakan harapannya agar negara-negara ASEAN akan memiliki CDC serantau.

AWANI Ringkas: Pembangkang setuju sertai Jawatankuasa Khas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[TERKINI] Presiden AS | Momen terakhir Trump di White House [TERKINI] Presiden AS | Momen terakhir Trump di White House](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/4717927711611153034238/1886475_31570730741611153594994_640x360.jpg)
[TERKINI] Presiden AS | Momen terakhir Trump di White House
Ikuti Luqman Hariz dan Nailah Huda untuk perkembangan terkini momen terakhir Trump di White House.

MAG terima kelulusan penting dalam usaha pelan penstrukturan semula
Pelan ini adalah merupakan strategi jangka panjang bagi memastikan syarikat ini terus bertahan dalam tempoh COVID-19 melanda dunia.

Lambaian terakhir Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45
Presiden Amerika Syarikat ke-45, Donald Trump menaiki pesawat untuk berangkat pulang ke Florida bersama keluarganya. Pada masa sama, Trump juga memecah tradisi apabila tidak menghadiri upacara angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden AS ke-46

Kedah aktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana bantu rakyat terjejas sepanjang PKP
Menurut Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, ini sebagai langkah mendepani cabaran PKP2.0 dalam usaha meringankan bebanan rakyat terutama golongan B40.

Trump tinggalkan White House buat kali terakhir sebagai Presiden AS
Donald Trump meninggalkan Rumah Putih buat kali terakhir, beberapa jam sebelum Joe Biden meneruskan warisan sebagai presiden ke-46.

Malaysia perlu ubah 'skrip', kata Nazir Razak
Sukar untuk mengatasi perpaduan sosial tanpa sebarang kerjasama kerana ia berkaitan dengan politik dan ekonomi, jelas Nazir Razak.

Banjir di Sabah semakin pulih
Hanya empat daerah masih terkesan dengan banjir dan jumlah mangsa direkodkan seramai 413 orang setakat 8 malam tadi.

PKP dan Darurat: SKMM pantau maklumat tidak sahih, jelik berkaitan 3R
Ia berikutan perkembangan semasa berkaitan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pengisytiharaan Proklamasi Darurat.

Hina kaum, agama, Raja: 21,296 laporan dalam 6 minggu
SKMM terima 21,296 laporan berhubung kandungan berunsur perkauman, keagamaan dan menghina institusi Diraja dalam tempoh enam minggu pertama

Tindakan tegas ke atas pihak main isu 3R - KKMM
Orang ramai digesa supaya tampil melaporkan insiden atau kandungan berunsur 3R dalam media sosial terus kepada pihak KKMM.

'Suhu panas' berkaitan isu 3R harus diredakan - Muhyiddin
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata berdasarkan data-data yang dikumpul oleh pihak polis, ia menunjukkan terdapat kecenderungan berlakunya sesuatu yang tidak baik.

Azmin kecam Ahli Parlimen Pasir Gudang desak perdana menteri berundur
Azmin berkata sebagai seorang ahli Parlimen PKR, Hassan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbaur desakan terhadap Dr Mahathir.

Lapor kandungan berbaur 3R di media sosial terus kepada MCMC
Platform itu akan memudah dan mempercepatkan proses tindakan penguatkuasaan diambil terhadap kandungan 3R dengan kerjasama pihak berkepentingan.