awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapor segera jika PATI bina penempatan haram - JIM Sabah

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
29/01/2021
01:03 MYT
Lapor segera jika PATI bina penempatan haram - JIM Sabah
Tindakan perundangan yang tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap sesiapa yang terlibat. - Gambar fail
KOTA KINABALU:Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan kawasan penempatan haram pendatang asing tanpa izin (PATI) berhampiran perumahan mereka.
Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin, dalam pada itu memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap warga tempatan yang bersubahat melindungi PATI.
"JIM Negeri Sabah memberi amaran kepada warga asing, khususnya PATI, supaya jangan sesekali menceroboh penempatan awam, terutama tanah simpanan kerajaan untuk dijadikan penempatan haram mereka sehingga mewujudkan kluster setinggan.
"Amaran yang sama ditujukan kepada mana-mana orang tempatan yang bersubahat untuk membantu aktiviti yang membawa kepada pencerobohan ke atas penempatan awam," tegas beliau.
Pada masa yang sama, beliau berkata tindakan perundangan yang tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap sesiapa yang terlibat.
Semalam, JIM Negeri Sabah telah mengetuai satu Operasi Bersepadu (SAPU) yang telah dijalankan ke atas rumah-rumah setinggan di tanah simpanan kerajaan Taman Bunga Sulaman di sini.
Seramai 29 orang warga Filipina serta 20 orang warga Indonesia termasuk 14 kanak-kanak ditahan kerana kesalahan imigresen termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan serta tinggal lebih masa.
Beliau berkata, objektif utama Operasi SAPU adalah untuk membenteras PATI yang membuat penempatan haram di tanah-tanah simpanan kerajaan atau milik individu awam.
Topic Berkaitan
#JIM
#jabatan imigresen
#Sabah
#pati
#penempatan haram
#tanah kerajaan
#orang awam
#laporan
#Op Sapu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan