Pengguna jalan raya diminta supaya membuat laporan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekiranya terdapat kenderaan yang mengekori kenderaan lain dengan jarak yang terlalu rapat di atas jalanraya.
Pengarah JPJ Negeri, Datuk Hassan Yaacob berkata tailgaiting, iaitu tindakan memandu terlalu rapat dengan kenderaan lain, bukan sahaja membahayakan pemandu kenderaan terbabit malah turut menjadi faktor utama kepada berlakunya kemalangan jalanraya.
Mengulas lanjut katanya, cara pemanduan sedemikian boleh menimbulkan suasana panik kepada pengguna jalan raya sehingga menyebabkan mereka terpaksa bertukar lorong dalam keadaan cemas selain ianya termasuk dalam tujuh kategori kesalahan utama yang diberi perhatian.
"Ikut terlalu rapat dengan kenderaan, itu membahayakan. Ini selalu menjadi punca kemalangan dan kematian dan kita bagi perhatian kepada tujuh elemen ini dan saman yang kita keluarkan ke atas tujuh elemen ini untuk musim perayaan ini tidak ada pengurangan," Hassan berkata.
Katanya, pemandu boleh mengambil gambar kesalahan yang dilakukan dan nombor plat kenderaan tersebut bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan saman ke atas pemandunya.
Hassan berkata antara kesalahan lain yang turut diberi perhatian termasuklah melanggar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memotong di lorong kecemasan serta tidak memakai tali pinggang kaledar dan topi kaledar.
Katanya, negara mencatat kadar kematian yang tinggi di jalanraya iaitu hampir mencecah 7,000 kematian setiap tahun berbanding negara seperti England yang mencatat kadar kematian lebih rendah biarpun mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
"Matlamat kita satu saja, menjelang 2020, kalau boleh kita cuba mengurangkan kalau boleh setiap 10,000 kenderaan, hanya dua kemalangan sahaja yang berlaku, dan dua kematian. Itu perancangan kita," menurut beliau.
"Sekarang kadar purata kemalangan 15 hingga 20 jadi kita cuba kurangkan. Namun bukan kita menentukan, ia bergantung kepada usaha kita dan pemandu," katanya lagi selepas pelancaran Ops Hari Raya dan kempen Pulang ke Kampung Berhari Raya 2015 di Juru, Pulau Pinang, Selasa.
Ops Hari Raya Aidilfitri dan kempen balik kampung berkenaan turut disertai beberapa agensi antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Puspakom.
Sementara itu, Hassan berkata, sehingga Khamis lalu, terdapat 3,155 kesalahan lalu lintas direkodkan dengan mengeluarkan notis 3,151 ketika melaksanakan Ops Pra Hari Raya Aidilfitri yang bermula pada 18 Jun lalu.
Astro Awani
Wed Jul 15 2015
Katanya, pemandu boleh mengambil gambar kesalahan yang dilakukan dan nombor plat kenderaan tersebut bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan saman ke atas pemandunya.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
JPJ cadang lucut hak kenderaan 'prebet sapu'
Jazmanie berkata JPJ telah adakan perbincangan dengan AGC sejak tiga bulan lepas sebagai cara memutuskan kitaran pesalah berulang ini.
Op Khas Motosikal: lebih 78,000 notis dikeluarkan dalam tempoh 29 hari
JPJ mengeluarkan 78,152 notis atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Motosikal di seluruh negara sejak operasi itu dilancarkan 1 Nov.
JPJ diberi mandat tangani kenderaan berat bawa muatan berlebihan - Loke
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diberi mandat penuh menangani isu kenderaan berat membawa muatan berlebihan yang dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat integriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.
Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.
JPJ perluas MyLesen B2 kepada pelajar IPT, kolej awam dan sekolah
Ia selaras dengan hasrat Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membantu penuntut IPT dan golongan pelajar berusia 16 tahun ke atas mendapatkan lesen motosikal.
Ramai penunggang tiada lesen memandu, tidak perbaharui cukai jalan - JPJ
Sebanyak 28,811 notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sejak dilaksanakan pada 1 November.
Lebih 11,000 saman dikeluarkan dalam Op Khas Motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal 2024 sejak ia dilaksanakan pada 1 Nov lepas.