Lelaki warga Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), bagi membantu siasatan berkaitan dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia's Lockdown’ sebelum ini, ditahan agensi terbabit petang tadi.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid yang mengesahkan perkara itu berkata, suspek berusia 25 tahun itu, kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis pada pukul 6 petang tadi.
“Ya, betul telah ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.. Jam 6 petang tadi,” katanya ringkas kepada Bernama di sini, malam ini.
Jabatan Imigresen Malaysia sebelum ini memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang alamat terakhirnya di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9, Menara Uncang Emas, di Jalan Loke Yew Kuala Lumpur, bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
BACA: Laporan Al Jazeera: Imigresen minta kerjasama orang awam kesan warga Bangladesh
Sebelum ini, media melaporkan Rayhan telah membuat dakwaan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin, ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi membanteras penularan COVID-19 dalam dokumentari terbitan Al Jazeera.
Susulan itu, pihak polis turut memulakan siasatan terhadap stesen penyiaran antarabangsa itu selepas penyiaran dokumentari itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 24 2020
Suspek berusia 25 tahun itu diserahkan kepada pihak polis pada pukul 6 petang Jumaat. - Youtube
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Israel dakwa wartawan Palestin Al Jazeera ahli Hamas
Al Jazeera sifatkan tindakan Israel terhadapnya adalah jenayah, kejam dan tidak bertanggungjawab.
Tentera Israel lengkap bersenjata serbu, arah pejabat Al Jazeera di Ramallah ditutup
Rejim Zionis sampaikan perintah penutupan rangkaian berita itu selama 45 hari.
Al Jazeera dedah empayar harta global luar biasa bekas menteri Bangladesh
"The Minister's Millions" Saifuzzaman Chowdhury kumpul harta di UK, Amerika, Dubai, Malaysia dan Singapura walaupun gajinya hanyalah AS$13,000 (RM55,000).
Al Jazeera tolak dakwaan Israel wartawan yang dibunuh ahli kumpulan Hamas
Rangkaian Media Al Jazeera menafikan sekerasnya dakwaan itu dan berkata ia hanya dijadikan alasan untuk lakukan pembunuhan kejam.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh di Iran - Laporan
Ismail Haniyeh dilaporkan dibunuh di ibu negara Iran, Tehran, lapor media antarabangsa sebentar tadi.
Al Jazeera diharamkan di Israel, operasi ditutup serta-merta
Benjamin Netanyahu sebelum ini menyifatkan Al Jazeera sebagai 'saluran pengganas' dan sebagai ancaman kepada kerajaan pimpinannya.
Al Jazeera kutuk pembunuhan ahli keluarga wartawan Wael Dahdouh
Al Jazeera seru masyarakat antarabangsa turut serta dalam usaha mengakhiri serangan ke atas orang awam, sekali gus melindungi nyawa golongan yang tidak berdosa.
Serangan meningkat di Gaza, kakitangan Al Jazeera cari tempat berlindung
Siaran Al Jazeera dari Gaza pada pukul 3 pagi terpaksa dihentikan disebabkan bimbang dengan tahap keselamatan.
Jual vape: 'Malaysia seolah-olah sudah memasuki era 'Wild Wild West' - Khairy
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyuarakan kebimbangan beliau berhubung penjualan berleluasa vape tanpa kawalan di Malaysia, sehingga menarik minat media antarabangsa.
Al Jazeera ulangi ikrar bela kematian wartawan Shireen Abu Akleh
Al Jazeera akan mencari keadilan kepada Shireen dengan mendesak melalui pelbagai cara untuk memastikan pembunuhnya diheret ke pengadilan.