awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan awal siasatan nahas MH17 dikeluarkan hari ini

Astro Awani
Astro Awani
09/09/2014
03:55 MYT
Laporan awal siasatan nahas MH17 dikeluarkan hari ini
Laporan boleh dilayari menerusi laman www.safetyboard.nl mulai jam 0800 GMT atau sekitar 4 petang waktu Malaysia.
Laporan awal siasatan mengenai tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang diketuai Lembaga Keselamatan Belanda, DSB akan disiarkan menerusi laman web agensi berkenaan, hari ini.
Ia boleh dilayari menerusi laman www.safetyboard.nl mulai jam 0800 GMT atau sekitar 4 petang waktu Malaysia.
Belanda menjadi pihak bertanggungjawab dalam menyediakan laporan hasil siasatan nahas pesawat berkenaan yang dikatakan ditembak jatuh di timur Ukraine 17 Julai lalu.
Nahas itu mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 193 rakyat Belanda dan lebih 40 warga Malaysia.
LIHAT GALERI FOTO DALAM KENANGAN WAJAH-WAJAH MEREKA YANG TERKORBAN
Sehingga ini, ramai yang mempertikaikan punca nahas pesawat itu.
Negara barat meletakkan kesalahan itu kepada kumpulan pemisah Ukraine yang pro-Rusia, manakala Moscow pula menyalahkan Kiev dengan insiden tersebut.
Pada Khamis, DSB memaklumkan laporan awal itu nanti sedikit sebanyak mendedahkan beberapa punca tragedi terbabit.
Laporan awal berkenaan akan melibatkan keputusan pertama rakaman kotak hitam pesawat MH17 dan maklumat daripada beberapa sumber lain termasuk satelit dan radar.
Bagaimanapun kata DSB, siasatan penuh berhubung insiden itu mengambil masa selama setahun untuk siap sepenuhnya.
Dan dijangka dibentangkan kepada umum pada pertengahan tahun depan.
LIHAT GALERI FOTO MH17: PERJALANAN PULANG
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#Kuala Lumpur
#Malaysia Airlines
#MH17
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan