MALAYSIA
Laporan BNM: Ekonomi kukuh turut disokong permintaan domestik, PMKS - Armizan

Armizan ditemui di majlis pengiktifrafan Malaysia Book of Records (MBR) serta pelancaran Menu Promosi Bulan Kebangsaan Kopitiam Ali, Muthu & Ah Hock, pada Sabtu. - Foto KPDN
KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia yang kekal kukuh pada suku kedua 2025 dengan kadar pertumbuhan 4.4 peratus, turut didorong oleh permintaan domestik dan sumbangan besar daripada sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Ringkasan AI
- Ekonomi Malaysia kekal kukuh pada suku kedua 2025 dengan pertumbuhan KDNK sebanyak 4.4%, dipacu oleh permintaan domestik dan perbelanjaan isi rumah yang meningkat sebanyak 5.3%.
- Sektor PMKS dan perkhidmatan seperti F&B dan peruncitan memainkan peranan penting, menyumbang hampir 50% kepada KDNK dan mencatat pertumbuhan 5.1% dalam perdagangan pengedaran.
- erajaan komited memperkasa PMKS melalui digitalisasi dan strategi pensekalaan, sementara kadar inflasi menurun kepada 1.3%, menunjukkan keseimbangan antara permintaan dan penawaran.
Tambah beliau, sektor perdagangan pengedaran yang merangkumi perkhidmatan borong, runcit serta F&B turut mencatatkan pertumbuhan 5.1 peratus dalam suku kedua, meningkat berbanding 5.0 peratus pada suku pertama tahun ini.
Mengulas lanjut, Armizan turut mengaitkan pencapaian ini dengan fokus strategik kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), yang memberi penekanan terhadap peningkatan keupayaan PMKS sebagai tulang belakang ekonomi negara.
“Kerajaan komited untuk melonjakkan daya saing PMKS melalui strategi pensekalaan dan pemanfaatan kemajuan digital. PMKS menyumbang hampir 50 peratus kepada KDNK negara, dan mereka merupakan antara ‘stakeholders’ utama dalam pembangunan ekonomi,” jelas beliau.
Katanya lagi, kadar inflasi yang turut menunjukkan trend menurun, daripada 1.5 peratus pada suku pertama kepada 1.3 peratus pada suku kedua, adalah disebabkan oleh keseimbangan antara permintaan yang meningkat dan penawaran yang stabil.
“Perbelanjaan meningkat tetapi kita seimbangkan dengan bekalan yang stabil, maka kita dapat mengurus kadar inflasi pada tahap yang stabil,” katanya dalam sidang media sempena majlis pengiktifrafan Malaysia Book of Records (MBR) serta pelancaran Menu Promosi Bulan Kebangsaan Kopitiam Ali, Muthu & Ah Hock di ibu negara, pada Sabtu.
Jenama kopitiam tempatan itu meraikan kejayaan bermakna apabila memahat nama dalam MBR untuk kategori Nasi Lemak Paling Banyak Terjual di Malaysia, dengan jualan sebanyak 452,162 pinggan sepanjang tahun 2024.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami