awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan kajian penggunaan kamera badan dijangka selesai September ini

Hilmi Malik
Hilmi Malik
22/06/2023
07:52 MYT
Laporan kajian penggunaan kamera badan dijangka selesai September ini
HASBI: Penggunaan kamera badan mampu meningkatkan kepercayaan orang awam serta mengelakkan fitnah terhadap anggota penguat kuasa. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Laporan penuh kajian penggunaan Body-Worn Camera (BWC) melibatkan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijangka dibentang pada suku akhir tahun ini.
Bercakap di Dewan Negara, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kementeriannya sedang memperhalusi penggunaan BWC demi memastikan kualiti perkhidmatan anggota penguat kuasa.
“Pada masa ini, pihak JPJ berada di fasa pelaksanaan kajian kebolehlaksanaan penggunaannya termasuk melaksanakan siri-siri Proof of Concept (PoC) bagi mengkaji pelbagai aspek melibatkan perundangan, pengoperasian, penilaian keupayaan alat BWC dan teknologi yang digunakan, implikasi kewangan, serta keberkesanannya bagi meningkatkan integriti ketika melaksanakan aktiviti penguatkuasaan.
“Sehingga kini, terdapat tiga buah syarikat yang menawarkan PoC kepada JPJ dan dilaksanakan secara berperingkat.
“POC ini melibatkan pejabat-pejabat JPJ di seluruh ibu negeri dan cawangan terpilih termasuk di Sabah dan Sarawak.
"POC ini juga dijangka berakhir pada 30 September ini dan laporan penuh akan disediakan serta dihantar ke MoT (Kementerian Pengangkutan) untuk proses selanjutnya,” kata Hasbi.
Tambah Hasbi, penggunaan BWC juga dilihat mampu meningkatkan tahap kepercayaan orang awam terhadap anggota JPJ termasuklah isu-isu yang pernah dibangkitkan sebelum ini.
“MoT berpandangan bahawa penggunaan BWC bukan sahaja dapat meningkatkan integriti penguatkuasaan JPJ semata-mata, malah berupaya untuk melindungi anggota-anggota penguat kuasa JPJ daripada pelbagai tohmahan atau tuduhan pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Aziz Ariffin berhubung pelaksanaan kamera badan serta peruntukan yang diperlukan.
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#Hasbi Habibollah
#JPJ
#kamera badan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan