HULU SELANGOR: Keluhan mangsa pengusaha rumah inap Riverstone Eco Resort dan penduduk setempat di kawasan Sungai Tua, Ulu Yam yang terkesan dengan projek pembinaan terowong Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mendapat reaksi pantas pihak berkenaan.
Sebaik sahaja diminta untuk mengulas persoalan yang berbangkit, pihak Malaysia Rail Link (MRL), tampil turun padang dan meninjau sendiri permasalahan yang telah disuarakan pihak terlibat.
Kedua-dua pihak juga telah bersemuka dan ruangan yang ada digunakan sebaik mungkin bagi meluahkan segala perasaan terpendam berhubung kebimbangan yang melanda.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd, Datuk Seri Darwis Abdul Razak telah menyatakan persetujuan untuk memikul tanggungjawab penuh mengenai nasib mangsa yang terlibat.
Menurutnya, pihak MRL juga akan mengemukakan bayaran pampasan sebagai inisiatif untuk menimbal semula tanggungan kerugian yang dialami mangsa di kawasan terbabit.
“Kita ambil tanggungjawab atas aduan yang dibuat penduduk sekitar kawasan pembinaan ECRL khususnya di tapak Riverstone Eco Resort. Laluan utama yang terjejas kita akan buat penyelesaian yang terbaik supaya projek ini juga (ECRL) dapat berjalan dengan baik.
“Dari segi mereka yang terkesan akibat daripada pembinaan ini, kita akan selesaikan bayaran pampasan kepada penduduk yang terlibat atau tanah-tanah yang terlibat dalam tempoh dua hingga tiga bulan,” katanya kepada Astro AWANI.
Mengulas lanjut, Darwis turut memaklumkan, pihak terjejas juga mempunyai hak untuk membantah sekiranya nilai ganti rugi yang dikemukakan tidak dipersetujui mangsa yang terjejas.
Sebagai tindakan awal, pihak MRL juga telah melakukan penurapan semula laluan utama selaras dengan aduan yang telah diutarakan sebelum ini.
Bercakap mengenai isu bekalan air bersih, pihak bertanggungjawab juga bersetuju supaya tangki bekalan air untuk ditempatkan di kawasan berkenaan sebagai inisiatif sementara sebelum pemulihan sepenuhnya dilaksanakan.
Ini termasuk juga penyeliaan di kawasan gondolan tanah yang ditutupi kanvas khas bagi mengurangkan risiko terhadap penduduk sekitar.
Astro AWANI pada Sabtu menerusi siri Laporan Khas telah membawakan keluhan mangsa di sekitar kawasan itu yang mengalami kerugian sejak kehadiran projek mega itu.
Dakwa mereka, pelbagai kemusnahan yang berlaku sehingga terputus punca pendapatan selain perniagaan yang diusahakan juga berada di ambang penutupan.
Ini termasuk kebimbangan yang disuarakan pemilik tanah persendirian yang sememangnya bimbang dengan risiko kejadian tanah runtuh berhampiran pembangunan yang sedang dibangunkan.
BACA: [LAPORAN KHAS] Projek mega didakwa 'rogol' keindahan alam sekitar, pemilik rumah inap kerugian
Hilmi Malik
Sat Jan 14 2023
Kesan penarahan di Sungai Tua, Ulu Yam untuk laluan jentera berat ke tapak kerja projek ECRL, bukan sahaja menjejaskan kualiti alam sekitar malah operasi perniagaan restoran serta sebuah rumah inap di tanah persendirian. - Astro AWANI/Natasha Ashari
AWANI 7:45 [01/05/2024] – Kos mencecah RM10 bilion | Gaji minimum beri impak positif | Seolah-olah dunia menghampakan
Kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus dibentang ketika Belanjawan 2025.
Kerajaan semak semula kadar gaji minimum.
Kusut, lesu dan kecewa dengan perkembangan di Gaza, ulas PM.
Protes pelajar universiti pro-Palestin di Amerika terus meningkat.
Kerajaan semak semula kadar gaji minimum.
Kusut, lesu dan kecewa dengan perkembangan di Gaza, ulas PM.
Protes pelajar universiti pro-Palestin di Amerika terus meningkat.
Ceroboh hutan Raub: Tindakan penguatkuasaan berdasarkan bukti - MB Pahang
Tindakan penguat kuasa menahan dua individu yang didakwa menceroboh kawasan hutan di Raub semalam dibuat berdasarkan bukti kukuh, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
"Yang tak ambil gaji dikritik, yang mencuri tak salah"
Satu tahun setengah sebagai perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi tetap tegas tidak benar sebarang 'kecurian' atau 'kronisma' dalam kerajaan.
Isu Palestin: Ini soal prinsip dan nilai
Perdana menteri tegaskan walaupun berdepan kerugian, kerajaan Madani mahu memastikan keputusan yang diambil turut mengambil kira soal nilai dan prinsip.
Kedudukan, profil Malaysia tinggi di peringkat antarabangsa
Anwar akui antara kelemahan utama kerajaan adalah komunikasi sehingga rakyat tidak sedar reputasi tinggi negara di peringkat antarabangsa.
"Saya boleh terima kritikan tapi jangan fitnah"
Anwar kesal apabila masih dituduh tidak berbuat apa-apa sedangkan sudah banyak usaha dilaksanakan untuk rakyat.
"Tengok keperluan, mana perlu ditambah"
Sektor awam dikatakan bloated dengan jumlah penjawat yang ramai, namun perdana menteri tegaskan ia perlu terutama sektor-sektor kritikal.
Lee Hsien Loong lepas jawatan, seru rakyat bersatu padu
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura untuk kekal bersatu padu dan kekalkan kestabilan politik demi masa depan negara.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
LAPD sahkan polis campur tangan protes di UCLA
Polis Los Angeles mengesahkan telah menghantar satu pasukan untuk mengawal ketenteraman di protes pro-Palestin di Universiti California Los Angeles (UCLA).
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Kemajuan pembangunan projek ECRL di Terengganu melebihi 80 peratus
Kemajuan projek di negeri ini adalah yang terpantas dan mencatat peratusan tertinggi berbanding tiga negeri lain.
Kerja pembinaan laluan ECRL ambil kira impak paling minimum - MRL
Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berhampiran Desa Melor, di Serendah, Selangor telah mengambil kira impak yang paling minimum, menurut Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).
Nilai kontrak syarikat Bumiputera bagi projek ECRL akan terus meningkat - MRL
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menjangka nilai kontrak syarikat bumiputera bagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan terus meningkat.
Projek ECRL Terengganu capai kemajuan lebih 50 peratus
Setakat ini kerja-kerja pembinaan jajaran sepanjang 275 kilometer di negeri itu menepati jadual yang ditetapkan.
ECRL: Pembersihan hutan tidak babit kawasan simpanan hutan dinyah warta - MRL
Pembukaan tanah bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor tidak melibatkan sebarang kawasan simpanan hutan yang dinyah warta.
[LAPORAN KHAS] MRL pikul tanggungjawab penuh, pampasan menanti mangsa terjejas
Malaysia Rail Link (MRL) sedia pikul tanggungjawab dan membayar ganti rugi terhadap mangsa terjejas di tapak projek pembinaan ECRL di Ulu Yam.
[LAPORAN KHAS] Projek mega didakwa 'rogol' keindahan alam sekitar, pemilik rumah inap kerugian
Penduduk setempat dan pengusaha rumah inap terjejas sejak kehadiran projek pembinaan terowong laluan rel pantai timur (ECRL) di Ulu Yam sehingga menyebabkan kerugian.
Projek ECRL sepanjang 665 km bebas banjir
Beberapa lokasi yang berisiko telah dikenal pasti membabitkan pembinaan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
ECRL: Kerajaan rugi RM1.25 juta sehari akibat kelewatan kerajaan negeri Selangor - Mohd Zuki
Tindakan kerajaan negeri Selangor itu hanya akan menganggu perjalanan keseluruhan projek yang dijangka siap Disember tahun 2026.
Projek ECRL bakal umum cadangan jajaran baharu Kota Bharu-Dungun pada Isnin
Orang awam boleh memberi maklum balas dan cadangan mengenai laluan Kota Bharu-Dungun sepanjang Pemeriksaan Awam ECRL selama tiga bulan itu.