awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan PeKa B40 kesan tiga NCD tertinggi dalam kumpulan B40

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
28/04/2022
11:43 MYT
Laporan PeKa B40 kesan tiga NCD tertinggi dalam kumpulan B40
Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata NCD sangat berkait rapat dengan COVID-19 dan boleh memberi kesan kepada individu yang dijangkiti virus itu - Gambar fail/Twitter @aafaizli
PUTRAJAYA: Tiga Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) tertinggi dalam kalangan kumpulan B40 dikesan selepas menjalani saringan kesihatan menerusi Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40).
Tiga NCD tersebut masing-masing darah tinggi sebanyak 29.8 peratus, kolestrol tinggi 29.2 peratus serta diabetes 19.8 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth), Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata NCD sangat berkait rapat dengan COVID-19 dan boleh memberi kesan kepada individu yang dijangkiti virus itu.
"Semua maklum bahawa COVID-19 telah menunjukkan kemudaratan yang lebih kepada mereka yang menghidap NCD.
"Sangat mustahak untuk semua ambil maklum dan cakna tentang status kesihatan masing-masing ke arah kehidupan yang lebih baik.
"Skim PeKa B40 ini telah meningkatkan lagi tahap ketaksampaian bantuan kewangan kesihatan kepada B40 seluruh negara," katanya ketika berucap pada Majlis Laporan Tahunan PeKa B40 bagi tahun 2020 - 2021 di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Dr Anas berkata laporan PeKa B40 turut merekodkan tiga jenis kanser tertinggi iaitu kanser payudara 28.7 peratus dikuti dengan kanser sistem penghadaman sebanyak 20.8 peratus dan telinga, hidung dan tekak (ENT) iaitu 13.3 peratus.
Menerusi manfaat Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser, sebanyak RM1,000 diberikan kepada penerima manfaat yang melengkapkan rawatan kanser dengan lebih 4,721 permohonan telah diluluskan pada 2021.
Bagi manfaat Bantuan Alat Perubatan pula, Dr Anas menjelaskan sebanyak 30,864 daripada 38,702 permohonan telah diluluskan untuk alatan pembedahan dan alatan bukan pembedahan.
"Intraocular Lense merekodkan permohonan tertinggi iaitu 41.7 peratus daripada jumlah permohonan dikuti bantuan alat pendengaran (22.5 peratus) dan stent jantung (6.7 peratus).
"Bagi manfaat Insentif Tambang Pengangkutan pula, PeKa B40 meluluskan sebanyak 20,271 permohonan setakat 31 Disember 2021," ujarnya lagi.
BACA: Ramai tak sedar hidap NCD, KKM beri tumpuan semula - Khairy
Skim PeKa B40 yang diuruskan oleh ProtectHealth meliputi empat manfaat iaitu Saringan Kesihatan, Bantuan Alat Perubatan, Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser dan Insentif Tambang Pengangkutan.
Ia bagi membantu golongan B40 yang berusia 40 tahun ke atas dan pasangan untuk mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik, sekali membantu meringankan beban mereka.
Topic Berkaitan
#Penyakit NCD tertinggi
#Khairy Jamaluddin
#COVID-19
#Peka B40
#penyakit tidak berjangkit
#NCD
#Skim Peduli Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan