Laporan lengkap bedah siasat remaja Ireland Nora Anne Quoirin akan diperolehi dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop.
Beliau berkata ketika ini pihaknya masih menunggu laporan lengkap daripada pasukan patologi sebelum pihak polis mengemukakannya kepada Pejabat Peguam Negara.
"Laporan penuh kita jangka dalam masa terdekat akan kita peroleh daripada (pasukan) patologi, lain-lain laporan tiada," katanya kepada Bernama selepas perasmian penutup Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negeri Sembilan 2020 di sini, pada Ahad.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman dan Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar.
BACA: Ibu bapa Nora Anne saman resort
BACA: Laporan lengkap bedah siasat Nora Anne belum diperoleh - Polis
Katanya berdasarkan laporan awal yang telah dihantar kepada Pejabat Peguam Negara, setakat ini kes berkenaan dikategorikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).
Nora Anne yang berusia 15 tahun bersama keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian selama dua minggu dan mendaftar masuk di resort The Dusun Pantai Hill, Pantai, dekat sini pada 3 Ogos tahun lepas, sehari sebelum remaja itu dilaporkan hilang pada awal pagi keesokannya.
Mayat remaja itu ditemukan pada 13 Ogos iaitu 10 hari selepas kehilangannya oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat dalam keadaan tidak berpakaian berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, sekitar 2.5 km dari ekoresort itu.
Laporan awal bedah siasat mendapati kematian Nora Anne, yang mengalami masalah pembelajaran, tidak mempunyai unsur jenayah dan remaja perempuan itu disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan yang berpanjangan.
Sementara itu, dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban memperoleh kemenangan ke atas pasukan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dengan keputusan 2-1.
IPD Seremban membawa pulang piala pusingan Ketua Polis Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 12 2020
MOHAMAD: Laporan penuh kita jangka dalam masa terdekat. - Gambar fail
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Laporan penuh bedah siasat Nora Anne diperoleh dalam masa terdekat - Mohamad
Ketika ini laporan lengkap masih ditunggu daripada pasukan patologi sebelum pihak polis mengemukakannya kepada Pejabat Peguam Negara.
Dua individu periksa MPV polis, ditahan
Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata kedua-dua mereka ditahan kira-kira 12 tengah hari tadi di lokasi berasingan.