MELAKA: Laporan penuh siasatan dalaman melibatkan seorang pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang didakwa dibuli pelatih senior di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang yang tular baru-baru ini dijangka akan diperoleh dalam masa terdekat.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata siasatan dalaman itu mengambil kira pelbagai aspek termasuk semua maklumat yang dilapor atau diterima daripada pihak media atau orang perseorangan.
"Kementerian Pertahanan mengambil serius kejadian buli yang berlaku melibatkan pelatih TUDM yang dilaporkan berlaku baru-baru ini dan siasatan sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan di peringkat kementerian juga, siasatan dalaman turut dilakukan.
"Saya yakin dalam masa terdekat ini, laporan itu akan diterima dan dibentangkan pada mesyuarat pasca-Kabinet kementerian akan datang. Jika ada kelemahan, kita akan perbaiki dan beri kerjasama kepada semua pihak termasuk PDRM," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai luahan seorang wanita mendakwa adik lelakinya dibuli di pusat latihan tentera udara dan wanita itu turut berkongsi gambar beberapa anggota tentera berpangkat koperal yang didakwa membuli adiknya ketika menjalani latihan di pusat itu.
Pada 3 Mei lepas, media juga melaporkan polis mengesahkan empat lagi pelatih kursus Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendakwa dipukul dalam kejadian buli di Pangkalan Udara Kuantan pada 12 April lepas.
Dalam perkembangan lain, Adly berkata latihan ketenteraan menjelang fenomena El Nino yang diramal berlaku pada Jun akan tetap diteruskan namun ia bergantung kepada situasi semasa.
"Latihan (ketenteraan) akan diterus dan dipertingkat seperti ketika tempoh penularan COVID-19 walaupun terdapat beberapa kekangan. Latihan ATM meliputi pelbagai aspek seperti dua hala dan pelbagai hala yang turut melibatkan negara jiran.
"Semua perkara akan diambil kira bagi memastikan latihan kita tidak terganggu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari (tengah) pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini. - Foto BERNAMA
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
Insiden bom lempar: "Dia gugur sebagai wira" - Bapa pelatih TUDM
Bapa kepada Allahyarham Laskar Udara I, Mohd Iqmal Masdi yang terkorban ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, di pada Ahad pasrah dengan kejadian berlaku.
Laporan penuh siasatan dalaman pelatih TUDM dibuli siap dalam masa terdekat
Laporan penuh siasatan dalaman melibatkan seorang pelatih TUDM yang didakwa dibuli pelatih senior di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang dijangka akan diperoleh dalam masa terdekat.