awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan persempadanan semula: 'Boleh bawa keluar tetapi tidak boleh siar'

Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
22/03/2018
03:45 MYT
Laporan persempadanan semula: 'Boleh bawa keluar tetapi tidak boleh siar'
Sebelum ini, Ahli Parlimen tidak dibenarkan membawa keluar laporan persempadanan semula itu, yang dijadual dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Rabu depan, dari kamar Dewan Rakyat. - Gambar fail
Laporan Persempadanan Semula yang tersedia di meja Ahli Parlimen dibenarkan dibawa keluar dari Dewan Rakyat, tetapi kandungannya tidak boleh disiarkan kepada umum.
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata demikian selepas merujuk kepada Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Apabila saya merujuk Peraturan Mesyuarat 95A, ia tidak menyebutkan bahawa ia tidak boleh dibawa keluar.
"Jadi, boleh bawa keluar, tetapi tidak dibenarkan untuk disiarkan dalam apa cara sekalipun," tegasnya hari ini merujuk kepada rang undang-undang kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri-negeri Tanah Melayu.
BACA: RUU persempadanan semula kawasan pilihan raya dibentang Rabu depan
Sebelum ini, Ahli Parlimen tidak dibenarkan membawa keluar laporan persempadanan semula itu, yang dijadual dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Rabu depan, dari kamar Dewan Rakyat.
Menurut Pandikar, beliau khuatir laporan yang dikategorikan sebagai 'embargo' itu bakal disiarkan di media.
Beliau memberi jawapan kepada beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang bangun untuk menyatakan bantahan terhadap ketetapan yang melarang mereka membawa keluar laporan tersebut.
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#Dewan Rakyat
#laporan
#Nurul Izzah Anwar
#Pandikar Amin Mulia
#pembangkang
#persempadanan semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan