SEREMBAN: Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Seremban pada Jumaat membuat laporan polis terhadap penceramah, Rosmin Adam berhubung ceramah yang didakwa memfitnah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di sebuah masjid di sini baru-baru ini.
Laporan polis berkenaan dibuat Setiausaha Akhbar Menteri Besar Negeri Sembilan, Ahmad Shahir Mohd Shah dan Ketua AMK Cabang Seremban, Mohamad Afif Anuar di Balai Polis Daerah di Seremban 2 di sini.
Ahmad Shahir berkata, kandungan video berdurasi 1.01 minit berkaitan ceramah Rosmin ketika kuliah Subuh di Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat di daerah ini, pada 1 April lalu berunsurkan fitnah.
Katanya, Rosmin didakwa mengulangi fitnah terhadap Fadhlina yang berkait isu perkataan kafir selain mengaitkan isu larangan takbir di sekolah, kantin sekolah dibuka pada Ramadan dan larangan membaca Qunut Nazilah di sekolah.
"Dalam ceramah itu lebih kepada menghasut, menanam kebencian dan fitnah walaupun penjelasan sudah diberikan.
"Walaupun dia tidak merujuk kepada mana-mana individu, namun semua maklum siapa individu yang dia rujuk.
"Fadhlina juga sudah memberikan respon yang jelas berkenaan isu terbabit," katanya.
Beliau berkata, masjid tidak boleh dibiarkan menjadi platform untuk menyebarkan fitnah, jika tidak ia akan mendatangkan masalah kepada masyarakat.
"Jika dia mengajar perkara yang betul, ia tidak menjadi masalah tetapi hasil rakaman video tersebut jelas dia menggunakan platform itu untuk menghasut dan menanam kebencian kepada satu pihak," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 06 2024
Ahmad Shahir (dua, kanan) dan Mohamad Afif (empat, kiri) selepas membuat laporan polis di Balai Polis Daerah di Seremban 2 semalam. - Foto Sinar Harian
[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?
Di Kuala Kubu Baharu, UMNO dilihat sebagai penentu dan king maker dengan menghadiahkan satu blok undi, dalam jumlah yang besar.
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Laporan polis dibuat terhadap penceramah, didakwa fitnah Fadhlina
Laporan polis dibuat Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Mohd Shah dan Ketua AMK Cabang Seremban, Mohamad Afif Anuar.
Israel jangan perasan! - Saifuddin Nasution
Kopitiam Malaya menerusi laman X membangkitkan persoalan sama ada Israel akan jadikan Malaysia destinasi pengecualian visa.
Setiausaha Akhbar, UKK perlu rangka naratif lawan fitnah, tipu daya - PM
Ia untuk menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat.
Hati-hati penipuan pelaburan, fitnah media sosial - Fahmi
Beliau berkata masyarakat perlu peka dan membuat semakan terlebih dahulu sekiranya menerima panggilan yang mencurigakan.
Turunkan hantaran, buat permohonan maaf - Wan Ahmad Fayhsal
Ketua Armada Bersatu itu berkata, sekiranya hantaran itu tidak diturunkan, tindakan undang-undang akan diambil.
Shamsul Iskandar hantar notis kepada Chegubard, tuntut ganti rugi RM5 juta
Peguam Datuk SN Nair berkata , anak guamnya menuntut Badrul Hisham menarik balik hantaran di Facebook itu dengan serta-merta.
Fitnah mahu cemar nama baik PMO - Shamsul Iskandar
Shamsul Iskandar akan menghantar notis tuntutan kepada Che'GuBard berhubung fitnah kononnya PMO sudah menjadi lubuk korupsi.