MALAYSIA
Laporan siasatan letupan gas Putra Heights: 'Tiada unsur khianat' – Ketua Polis Selangor

Polis mengesahkan tiada sebarang unsur khianat dikesan dalam siasatan insiden letupan gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
SHAH ALAM: Polis mengesahkan tiada sebarang unsur khianat dikesan dalam siasatan insiden letupan gas yang menggemparkan penduduk Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu.
Ringkasan AI
- Polis mengesahkan tiada unsur khianat atau sabotaj dalam insiden letupan paip gas di Putra Heights pada 1 April 2025, berdasarkan siasatan menyeluruh ke atas 218 individu termasuk mangsa, pemaju dan kontraktor.
- Letupan tersebut menyebabkan kerosakan besar, termasuk 81 rumah musnah sepenuhnya, 81 separa musnah dan 57 lagi terkesan tanpa terbakar, manakala 218 rumah tidak terjejas.
- Siasatan teknikal dan jenayah telah dilengkapkan, dan laporan penuh akan dibentangkan kepada kabinet sebelum diumumkan kepada umum, menurut kenyataan terdahulu oleh Menteri Besar Selangor.
“Setakat ini, tiada sebarang unsur khianat dikenal pasti sehingga boleh menyebabkan kerosakan kepada paip gas dan seterusnya membawa kepada letupan,” katanya semasa sidang media laporan siasatan berkenaan insiden kebakaran saluran paip gas Putra Heights di Bangunan SUK Selangor, di sini hari ini.
Menurut beliau, siasatan komprehensif telah dijalankan melibatkan pengambilan pelbagai sampel serta rakaman keterangan daripada 212 individu, termasuk mangsa, pihak pemaju, kontraktor, dan saksi bebas.
Insiden kebakaran pada 1 April itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan, tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas termasuk di Kampung Tengah, Puchong.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami