awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemelut politik Perlis: ‘Presiden Pas disaran ambil alih Pengerusi PN 2.0’ - Afnan
Indonesia batal pertunjukan bunga api Tahun Baharu, solidariti mangsa banjir Sumatera
Perolehan projek Tentera Darat: SPRM sita enam akaun bank, geledah beberapa syarikat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larangan merokok di Parlimen: Jelas campur tangan eksekutif terhadap legislatif

Firdaus Azil
Firdaus Azil
18/10/2018
04:39 MYT
Larangan merokok di Parlimen: Jelas campur tangan eksekutif terhadap legislatif
Menurut Dr Dzulkefly, pihaknya akan menutup sudut merokok tiga bangunan di Parlimen dan perokok hanya dibenarkan merokok di luar bangunan. - Gambar hiasan
Notis larangan merokok oleh Kementerian Kesihatan di kawasan Parlimen adalah satu perbuatan campur tangan secara jelas badan Eksekutif terhadap Legislatif, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan itu ketika membentangkan usul mohon Yang DiPertua Speaker di Dewan Rakyat hari ini berkata, kawasan Parlimen adalah jelas kawasan legislatif, dan tidak patut ada sebarang campur tangan oleh pihak Kerajaan.
“Saya tengok notis yang diletakkan di kawasan larangan merokok ditandatangani oleh Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad).
(Parlimen) ini kawasan tuan speaker, this house is yours, tak ada menteri mana-mana pun ada kuasa di sini,” katanya ketika merujuk pada Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.
Beliau berkata demikian ketika memohon ‘petua’ (ruling) dari Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berhubung larangan merokok di kawasan Parlimen yang dikeluarkan Menteri Kesihatan bermula 15 Oktober lepas.
Dr Dzulkefly dilaporkan berkata, pihaknya akan menutup sudut merokok tiga bangunan di Parlimen dan perokok hanya dibenarkan merokok di luar bangunan.
Mohamad Ariff berkata, beliau berjanji akan mengkaji segala peraturan dan undang-undang berkaitan sebelum mengeluarkan sebarang petua berhubung isu berkenaan.
Sementara perkara itu sedang dikaji, beliau memohon agar semua pihak, terutamanya ahli-ahli Parlimem bersabar.
Topic Berkaitan
#Akta Majlis Parlimen Keistimewaan dan Kuasa 1952
#Dewan Rakyat
#Dr Dzulkefly Ahmad
#Johari Abdul
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#kesihatan
#legislatif
#merokok
#Parlimen
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan