KULAI: Dua lelaki warga Indonesia dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas pertuduhan melarikan diri daripada tahanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada minggu lepas.
Tertuduh, Riki Ranaldi, 40, dan Haji Samirudin, 36 dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Azureen Sahari Sauffee Afandi.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didapati sengaja melarikan diri daripada jagaan Maritim Malaysia yang mana mereka telah ditahan secara sah bagi kesalahan di bawah Seksyen 56(1A)(a) Akta Imigresen 1963/56.
Kesalahan itu dilakukan ketika kedua-dua tertuduh di Jalan Felda Inas menghala ke Sengkang, Kulai pada jam 10.50 pagi, 11 April.
Justeru itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, tiga anggota Maritim Malaysia telah membawa empat lelaki warga Indonesia dari Mahkamah Kota Tinggi ke Penjara Ledang dengan menaiki sebuah van.
Semasa dalam perjalanan, kedua-dua tertuduh membuka gari berantai dan pintu belakang van lalu terjun melarikan diri.
Kemudian, tiga anggota Maritim Malaysia cuba mengejar kedua-dua tertuduh tetapi tidak berjaya kerana telah berpecah dan lari masuk ke dalam kebun kelapa sawit terbiar berhampiran jalan raya.
Sebelum itu, prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Edelynn Wong, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Edelynn memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam dan sebagai pengajaran kepada masyarakat.
Majistret kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap kedua-dua tertuduh.
Media sebelum ini melaporkan kedua- dua suspek yang melarikan diri itu, berjaya ditangkap semula dalam tempoh 24 jam kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kejadian dengan kedua-dua tahanan telah menukar baju lokap yang dipakai dengan baju-T dan seluar jean dipercayai dicuri.
Kedua-dua tahanan itu mengalami cedera ringan selepas bertindak terjun dari van untuk meloloskan diri. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 17 2023
Tertuduh, Haji Samirudin (dua dari kiri) dan Riki Rinaldi (tiga dari kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai pada Isnin. -Foto Sinar Harian
Blok Negara Islam Sedang ‘Stress’? Langsung Dialog 4 Menteri Luar – Arab Saudi, Turkiye, Jordan dan Mesir
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Menteri Luar Turkiye dan Arab Saudi antara yang tampil duduk sepentas
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
Tiada bukti kaitkan guru dengan kes pedofilia di MRSM Tumpat - Polis
Tiada bukti dapat dikaitkan dengan seorang guru berhubung dakwaan berlaku kes pedofilia di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.
Polis tahan pasangan kekasih, rampas pistol dan dadah bernilai RM4.73 juta
Polis menahan sepasang kekasih dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.73 juta dalam serbuan di sebuah kondominium di Pucho
Suami kongsi gambar nikah, netizen beri kata-kata semangat buat Irma Hasmie
Perkongsian Redza menimbulkan respons yang pelbagai dalam kalangan netizen. Beberapa peminat turut dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Irma.
Kotak hitam helikopter mendarat cemas di Pulau Angsa dihantar ke Itali
Kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah dihantar ke Itali.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando
Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) baru-baru ini.
Kawalan sempadan dipertingkat di sempadan Malaysia-Thailand
Polis Kelantan memantau perkembangan kejadian letupan dan insiden tembak menembak di Sungai Golok awal pagi Isnin dengan meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara.
Pelancongan China dijangka meningkat
Sektor pelancongan China dijangka menyaksikan lonjakan berikutan perkembangan pasaran yang dibawa oleh Festival Qingming awal bulan ini.
Pelabur asing akhiri jualan lapan minggu, aliran masuk RM292 juta
Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti domestik minggu lalu dengan nilai pembelian bersih berjumlah RM292.2 juta, menurut penyelidikan MIDF Research.
Sarawak komited jalin kerjasama denga Sweden
Lawatan kerja itu sebagai membalas jemputan oleh Menteri Perbadanan Pembangunan Antarabangsa Sweden Johan Forssel semasa pertemuan mereka tahun lepas.
Lari dari tahanan, dua warga Indonesia dipenjara 8 bulan
Tertuduh dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Azureen Sahari Sauffee Afandi.