awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
Latvia lapor kerosakan kabel dasar laut di Laut Baltik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lari pemeriksaan polis rupanya bawa dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
01/07/2022
02:10 MYT
Lari pemeriksaan polis rupanya bawa dadah
Pemeriksaan polis telah menemui bahan disyaki dadah jenis heroin dan methamphetamine bernilai kira-kira RM693. - Gambar hiasan
KAJANG: Tindakan seorang lelaki cuba meloloskan diri dengan memecut laju kereta semasa pemeriksaan polis di tepi jalan Taman Ikhlas, Bandar Sungai Long, di sini pada Khamis membongkar penemuan dadah.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.10 pagi, kereta jenis Nissan Almera yang dipandu lelaki berusia 23 tahun telah melanggar kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan kereta orang awam semasa cuba melarikan diri.
Menurutnya, suspek bagaimanapun berjaya ditahan di Lebuhraya Grand Saga berhampiran susur keluar Balakong/Sungai Long.
"Pemeriksaan polis telah menemui bahan disyaki dadah jenis heroin dan methamphetamine bernilai kira-kira RM693.
"Suspek yang memiliki rekod lampau bersabit kes dadah itu juga didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tambah Mohd Zaid, Polis Daerah Kajang menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes jenayah dan dadah khususnya di daerah ini boleh disalurkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Dadah
#pemeriksaan polis
#Mohd Zaid Hassan
#langgar kereta peronda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan