Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 tiba di bandar raya Kuching hari ini, selepas larian berkenaan merentasi Jambatan Sungai Batang Sadong, Samarahan semalam.
Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Snowdan Lawan membawa obor berkenaan menaiki perahu tambang dari Pangkalan Sapi menyeberangi Sungai Sarawak, dan disambut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di GoDown Amphithetre Tebingan Kuching.
Turut hadir, penyanyi popular tanah air Dayang Nurfaizah; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Ik Pahon Joyik.
Dari Tebingan Kuching, obor berkenaan dibawa ke Bangunan Mazma, Kuching oleh Dayang Nurfaizah serta beberapa pelari lain.
Abdul Karim berkata kira-kira 400 orang menyertai acara larian hari ini, sebelum obor itu dibawa dan diserahkan kepada Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man oleh Snowdan pada 15 Jun ini, di Kuala Lumpur untuk larian di negeri berkenaan.
Katanya larian obor berkenaan di Sarawak bermula di Limbang dari Sabah, dan singgah di beberapa tempat termasuk Lawas, Miri, Gua Mulu, Bintulu, Sibu, Sri Aman dan Kota Samarahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2017
Penyanyi popular, Dayang Nurfaizah membawa Obor Sukan SEA 2017 (KL2017) dan Para ASEAN ke-9 di Tebingan Sungai Kuching, di Kuching, hari ini. --fotoBERNAMA
Johor tuntut 30% hasil cukai dari Putrajaya - Onn Hafiz
Sejumlah 30 peratus dari hasil cukai negeri yang disalurkan ke Kerajaan Persekutuan patut dipulangkan semula ke negeri Johor, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Malaysia lulus pelaburan pusat data, perkhidmatan awan RM114.7 bilion antara 2021-2023
Malaysia telah meluluskan pelaburan dalam pusat data dan perkhidmatan awan berjumlah RM114.7 bilion bagi tempoh 2021-2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Restoran milik bekas ADUN Selangor disimbah cat merah
Restoran milik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Mohd Shaid Rosli di Bandar Puncak Alam dekat sini disimbah cat merah dalam kejadian pagi tadi.
Ops Ihsan sambut baik resolusi gencatan senjata di Gaza, minta pintu sempadan segera dibuka
Seruan itu dibuat susulan resolusi gencatan senjata di Gaza yang diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) semalam.
MITA rayu subsidi diesel diberi kepada pengusaha bas persiaran
Kenaikan harga diesel menyebabkan kos operasi meningkat secara mendadak sekali gus membebankan pengusaha dan memberi impak kepada tempahan awal pelancong.
Niaga AWANI: Momentum transformasi ekonomi dijangka meningkat 2024
Momentum transformasi ekonomi Malaysia dijangka meningkat pada 2024, mencerminkan asas kukuh dan keyakinan pelabur, disokong oleh dasar yang kukuh.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Pengeluaran getah asli negara merosot 20.9 peratus pada April
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus kepada 21,325 tan pada April 2024 berbanding 26,966 tan yang dicatatkan semasa Mac lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dasar cukai berkesan penting bagi majukan ekonomi negara
Dasar cukai yang berkesan adalah penting untuk memupuk pertumbuhan dan kestabilan berterusan bagi memajukan ekonomi negara.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Indeks kos naik 1.6 peratus pada Mei 2024
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan Indeks harga papan lapis mencatatkan peningkatan 1.6 peratus bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Mei 2024 berbanding bulan sebelumnya.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
PM sumbang RM270,000 kepada masjid dan surau sempena Aidiladha
Setiap masjid dan surau di kawasan DUN Sungai Bakap menerima sumbangan sebanyak RM10,000 yang boleh digunakan untuk aktiviti kariah masing-masing bersempena dengan sambutan hari raya korban.
Pertimbang keputusan henti permohonan MM2H di Sabah dan Sarawak
MOTAC dimohon agar mempertimbangkan keputusan menghentikan operasi permohonanan program MM2H yang bakal menjejaskan sektor pelancongan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Tawaran Sarawak untuk jadi antara venue Sukan SEA 2027 terima maklum balas positif
Perkara itu hasil beberapa mesyuarat yang diadakan setakat ini dengan Kerajaan Persekutuan.
Rundingan autonomi pelancongan masih berlangsung - Abdul Karim
Rundingan itu penting untuk menyatakan hak Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 bagi memasukkan perkara pelancongan.
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Peningkatan kadar sewa bilik hotel bajet akan jejaskan industri pelancongan - Abdul Karim
Rancangan MyBHA untuk menaikkan kadar sewa bilik hotel bajet dalam tempoh tiga bulan lagi akan memberi kesan kepada industri pelancongan.
Muzium Sarawak jalin kerjasama dengan Jabatan Pendidikan
Abdul Karim berkata, muzium bukan hanya untuk mempamerkan barangan purba malah tempat untuk mempelajari sejarah dan khazanah.
Percepat proses tapisan keselamatan ejen MM2H - Abdul Karim
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diminta mempercepat proses tapisan keselamatan ejen program Malaysia My Second Home (MM2H).
SUKMA: Acara futsal wanita, 10 meter platform wanita digugurkan
Abdul Karim berkata kedua-dua acara tersebut terpaksa digugurkan kerana kurang jumlah penyertaan.
"Hanya alasan!" - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar
Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dianggap tidak wajar.
Sarawak pilihan utama penganjuran acara besar beberapa tahun akan datang - Abdul Karim
Sarawak akan menjadi lokasi pilihan utama bagi penganjuran acara besar dalam beberapa tahun akan datang.