awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muzium Sarawak jalin kerjasama dengan Jabatan Pendidikan

Bernama
Bernama
21/04/2024
23:45 MYT
Muzium Sarawak jalin kerjasama dengan Jabatan Pendidikan
Muzium Budaya Borneo Sarawak yang terletak di Kuching. - Gambar fail/BERNAMA
KUCHING: Jabatan Muzium Sarawak dan Jabatan Pendidikan negeri menjalinkan kerjasama dalam usaha memupuk minat anak muda menghargai dan menghayati sejarah negeri itu.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata muzium bukan hanya untuk mempamerkan barangan purba malah tempat untuk mempelajari sejarah dan khazanah.
"Kalau kita lihat muzium-muzium di negara barat, sebelum muzium dibuka pada pukul 8 atau 9 pagi sudah beratur anak-anak sekolah di luar menunggu giliran untuk masuk ke muzium.
"Perkara seperti itu yang saya mahu lihat di sini dan saya telah memaklumkan kepada pihak muzium untuk menulis surat kepada pihak sekolah untuk menggalakkan murid serta pelajar meluangkan masa di muzium," katanya kepada pemberita selepas menerima pelawat yang kesejuta Muzium Budaya Borneo di sini, semalam.
Beliau berkata muzium itu turut menyediakan permainan interaktif dan berinformasi untuk para pelajar dan pihak muzium juga mengalakkan penuntut institusi pengajian tinggi mengadakan aktiviti atau acara yang berkaitan bagi menjadikan muzium tempat pembelajaran yang menyeronokkan.
Terdahulu, Abdul Karim menyampaikan cenderahati berupa telefon bimbit, tablet dan buku kepada pengunjung yang kesejuta Muzium Budaya Borneo.
Pengunjung bertuah itu merupakan pasangan suami isteri dan dua anak mereka dari Kampung Hulu Tebelu, Sebuyau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muzium Sarawak
#Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
#sejarah
#Abdul Karim Rahman Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan