Latihan berkaitan operator bot dan feri khususnya mengenai audit keselamatan terhadap kenderaan air perlu dipertingkat bagi mengelak kemalangan termasuk kebakaran, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata pihaknya sedia memberikan latihan berkenaan agar semua kakitangan sektor berkaitan bersedia menghadapi sebarang jenis kecemasan.
"Saya fikir selepas berlakunya insiden tersebut, seharusnya mana-mana syarikat pengendali feri harus memberi latihan kepada pekerja-pekerja mereka di bawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) dan kami sedia untuk bekerjasama memberikan tunjuk ajar bagaimana ia harus dilakukan.
"Tindakan sewajarnya akan diambil kepada operator bot dan feri sekiranya terdapat pelanggaran mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA 1994) yang telah ditetapkan," katanya ketika menjadi tetamu Bernama Radio di sini hari ini.
BACA: Feri Langkawi terbakar, 52 penumpang dan 6 kru berjaya diselamatkan
Beliau mengulas insiden kebakaran feri di Langkawi, semalam. Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang, seramai 52 penumpang feri Dragon Star 1 berdepan detik cemas apabila feri yang dinaiki terbakar ketika dalam perjalanan dari Kuah menuju ke Kuala Perlis.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 26 2019
MAHFUZ: Tindakan sewajarnya akan diambil kepada operator bot dan feri sekiranya terdapat pelanggaran mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA 1994) yang telah ditetapkan. - Gambar fail
MOM bakal hantar resolusi rayu kerajaan teruskan penganjuran Sukan SEA 2027
MOM akan menghantar resolusi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk merayu agar Malaysia kekal menjadi penganjur Sukan SEA 2027.
Vokalis Dewa 19, Virzha kahwin wanita Arab
Salah seorang vokalis Dewa 19, Virzha mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun.
Krisis iklim: Kanak-kanak antara paling terjejas - UNICEF
Apabila bencana alam berlaku, kanak-kanak lebih terdedah dan berpotensi mengalami kesan yang berpanjangan.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara.
Masyarakat Cina bersama meriahkan rumah terbuka UMNO Sandakan
Masyarakat Cina di sekitar Sandakan bwersama memeriahkan dan menikmati juadah di rumah terbuka Aidilfitri anjujran UMNO Sandakan.
Gagasan Bola Sepak Borneo bantu tingfkatkan kualiti pemain Sarawak
Presiden Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman menyambut baik uaha menubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo yang diyakini mampu menggilap kualiti bola sepak di pulau itu.
Terserah Bung Moktar, yang penting khidmat untuk rakyat dulu - Andi
ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy menyerahkan kepada Datuk Seri Bung Moktar untuk memastikan kemenangan UMN O dalan PRN 17 namun pada masa sama berharap perkara mengenai calon dibincang selepas DUN Sabah dibubar.
PRN 17: Pimpinan UMNO Sabah berhak nilai calon terbaik
Ketua Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan pihaknya bertanggungjawab menetukan calon terbaik untuk mewakili parti itu dalam PRN Sabah ke-17.
Kastam Sarawak rekod rampasan RM816.1 juta
Kastam Sarawak merekodkan peratusan rampasan melebihi unjuran nasional setakat ini.
Jentera cerucuk tumbang, operator hampir maut
Mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun ditemui dalam keadaan sedar selepas tersepit hampir dua jam di dalam jentera cerucuk yang tumbang.
Latihan keselamatan kenderaan air perlu dipertingkat - Mahfuz
Latihan berkaitan operator bot dan feri khususnya mengenai audit keselamatan terhadap kenderaan air perlu dipertingkat bagi mengelak kemalangan termasuk kebakaran, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia