IPOH: Latihan keselamatan khas akan dilaksanakan di beberapa tokong, kuil dan gua di negeri ini yang menjadi tumpuan pelancong sebagai usaha meningkatkan kesedaran berkaitan aspek keselamatan, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Azmi Osman.
Beliau berkata latihan akan membabitkan ahli komuniti premis termasuk pengawal keselamatan sebagai usaha meningkatkan kesedaran berkaitan aspek keselamatan.
"Pengawal keselamatan mungkin boleh bertindak dahulu jika berlaku sesuatu. Latihan ini disasarkan kepada ahli komuniti dan penjaga gua pada tahun ini sebab kita mahu mereka (pengawal keselamatan) diberikan latihan, selain memastikan keselamatan pengunjung," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Kempen Keselamatan Kebakaran negeri sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina di sebuah pasar raya di Falim di sini hari ini.
Sebelum ini media melaporkan beberapa kuil di daerah Kinta telah diberikan notis pengusiran awal bulan ini berikutan faktor keselamatan.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad turut dilaporkan sebagai berkata sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menentukan status semua tokong yang terletak di tanah milik kerajaan, sama ada melalui kaedah tempahan, pengeluaran Lesen Menduduki Sementara atau pajakan tanah rizab.
Sementara itu, Azmi berkata pemeriksaan pihaknya di beberapa gua mendapati kebanyakan gua telah dilengkapi dengan pelan kontingensi keselamatan termasuk penyediaan pemadam api dan pemasangan sistem pendawaian yang baik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022

Latihan akan membabitkan ahli komuniti premis termasuk pengawal keselamatan sebagai usaha meningkatkan kesedaran berkaitan aspek keselamatan. - Gambar/ Astro AWANI

Sistem kesihatan Malaysia dapat markah tinggi menerusi inisiatif #GlobalSurgery
Pencapaian itu dikongsi Dr Kee B Park, individu bertanggungjawab di sebalik gerakan itu di laman Twitternya pada Rabu.

Zoo Negara terima jumlah pengunjung memberangsangkan
Setelah melalui saat getir ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zoo Negara kini kembali 'bernafas' setelah menerima jumlah kedatangan pengunjung yang memberangsangkan.

Singapura rampas komponen, rokok elektronik bernilai lebih S$130,000
Cubaan menyeludup 8,520 keping pod isian semula rokok elektronik ke Singapura melalui lori pengangkut konkrit pratuang.

Rotan anak: Bekas suami Ziana Zain didenda, hukuman penjara diketepikan
Hakim menggantikan hukuman penjara itu dengan denda dan memerintahkan bekas pramugara itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Aktivis wanita menangis teresak-esak mengaku salah buat hantaran jelik
Seorang aktivis wanita menangis teresak-esak ketika mengaku bersalah atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya berhubung isu agama Kristian dalam lama profil FBnya.

Keputusan kes Peter Anthony palsukan dokumen diketahui esok
Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 9 pagi.

Jurulatih wushu ditahan disyaki cabul dua pelajar bawah umur
Polis menahan seorang jurulatih wushu kerana dipercayai melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan, Isnin lepas.

Harga RON97 naik 37 sen kepada RM4.70, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik 37 sen seliter iaitu daripada RM4.33 kepada RM4.70 seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 12 Mei 2022 hingga 18 Mei 2022.

Haji | TH beri butiran penerbangan kepada bakal jemaah haji minggu depan
Jemaah haji akan menerima butiran penerbangan dan lapor diri di stesen berlepas daripada Lembaga Tabung Haji (TH) secara berperingkat mulai minggu depan.

Pemilihan PKR: Undi semula di 13 cabang Jumaat dan Sabtu ini
PKR menetapkan proses pengundian semula melibatkan 13 cabang di lima negeri akan dilaksanakan pada Jumaat dan Sabtu ini.

Latihan keselamatan khas di kuil, tokong, gua tumpuan - Bomba Perak
Latihan keselamatan khas akan dilaksanakan di beberapa tokong, kuil dan gua di negeri ini yang menjadi tumpuan pelancong.