Latihan Pemantauan Trilateral (TEP) melibatkan Tentera Darat Malaysia, Indonesia dan Filipina dijangka dapat dilaksanakan pada pertengahan tahun ini dalam usaha mengukuhkan kerjasama pertahanan ketiga-tiga negara terlibat.
Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, kerjasama trilateral berkenaan merupakan kesinambungan daripada kerjasama sebelum ini iaitu Pemantauan Udara Trilateral (TAP) dan Pemantauan Maritim Trilateral (TMP).
"Sehingga kini kita telahpun melaksanakan TMP dan TAP, cuma untuk TEP ia perlu mengambil masa sedikit kerana ia melibatkan tiga buah negara dan perbincangan terperinci perlu dilakukan untuk mengenal pasti latihan apa yang kita boleh laksanakan bersama.
"Kita jangka ia dapat kita laksanakan menjelang pertengahan tahun ini tetapi apapun kita perlu tengok platform apa yang kita boleh gunakan untuk melaksanakan perkara ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini pada Ahad.
Raja Mohamed Affandi berkata sebarang keputusan mengenai kerjasama latihan TEP ini hanya akan dapat diketahui selepas Mesyuarat Teknikal Trilateral diadakan.
"Kita tidak dapat mengesahkan apa-apa kerana kita perlu menunggu hasil mesyuarat teknikal daripada ketiga-tiga negara.
"Mereka (Indonesia dan Filipina) pun ada kekangan untuk melakukan aktiviti TEP ini di awal tahun tetapi pendekatan ini kita akan tetap laksanakan kerana ia akan dapat memenuhi ketiga-tiga cabang perkhidmatan (perairan, udara dan darat)," jelasnya.
Sementara itu, pada program berkenaan, seramai 424 penerima telah menerima pingat PJM yang terdiri daripada 385 veteran, 21 orang kelainan upaya (uzur) dan 18 balu tentera.
Pingat ini diberikan bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara terutama dalam menentang Parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU). -- Bernama
Bernama
Sun Feb 11 2018
Raja Mohamed Affandi menyemat Pingat Jasa Malaysia kepada veteran-veteran Angkatan Tentera Malaysia pada Ahad, 11 Feb, 2018. - BERNAMA
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis
Polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya.
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.
'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT
Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).