awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laut China Selatan koridor maritim penting, jangan biar konflik tercetus - Khaled

Astro Awani
Astro Awani
19/09/2025
10:54 MYT
Laut China Selatan koridor maritim penting, jangan biar konflik tercetus - Khaled
Khaled menekankan kepentingan Laut China Selatan sebagai koridor maritim penting menghubungkan utara dan timur Asia dengan seluruh dunia.
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kepentingan Laut China Selatan sebagai koridor maritim utama menghubungkan utara dan timur Asia dengan seluruh dunia.

Ringkasan AI
  • Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kepentingan Laut China Selatan sebagai koridor maritim utama yang perlu dilindungi daripada risiko konflik akibat persaingan kuasa besar dan ketidakpastian serantau.
  • Malaysia menekankan pematuhan terhadap UNCLOS serta prinsip strategik seperti pengurusan persaingan secara bertanggungjawab, dialog, dan kerjasama inklusif dalam isu global sebagai pendekatan keselamatan serantau.
  • ASEAN digesa terus mengutamakan perpaduan dan keselamatan kolektif, dengan platform seperti ADMM dan ADMM-Plus dimanfaatkan untuk mengekalkan peranan ASEAN sebagai pemacu utama keamanan di Asia-Pasifik.

Menurut beliau, lautan itu tidak boleh dibiarkan terdedah kepada risiko konflik akibat ketidakpastian dan persaingan kuasa besar.
“Saya telah tekankan kepentingan Laut China Selatan sebagai koridor maritim penting menghubungkan utara dan timur Asia dengan seluruh dunia.
“Namun, risiko keselamatan dan ketidakpastian di rantau ini boleh mencetuskan konflik jika tidak ditangani secara bijaksana,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Sesi Pleno Kedua Forum Xiangshan Beijing ke-12 bertemakan ‘Strategic Mutual Trust and Security Cooperation in the Asia-Pacific Region’ di Beijing.
Menurutnya, cabaran masa depan perlu diurus secara bijaksana dengan menekankan kepentingan kerjasama serta pematuhan terhadap undang-undang antarabangsa.
Beliau turut berkongsi strategi Malaysia yang berpegang kepada pematuhan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS).
“Malaysia menggariskan beberapa prinsip strategik dalam soal ini, untuk mengurus persaingan secara bertanggungjawab, mengimbangi kekuatan dengan dialog, mematuhi UNCLOS, serta memperkukuh kerjasama inklusif dalam isu global,” katanya.
Tambah beliau lagi, ASEAN perlu terus mengutamakan perpaduan, keselamatan kolektif, solidariti serta keterbukaan sebagai asas kestabilan serantau.
Platform seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Plus, katanya, harus dimanfaatkan bagi mengekalkan ASEAN sebagai pemacu utama keamanan di rantau ini.
“Malaysia akan terus menjajar keutamaan pertahanannya dengan visi ASEAN demi membina Asia-Pasifik yang aman, stabil dan makmur, berlandaskan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama,” katanya lagi.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Beijing
#Laut China Selatan
#Malaysia
#ASEAN25
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan