Perubahan ini adalah hasil daripada perkembangan persekitaran antarabangsa dan domestik yang mendorong Beijing mengubahsuai strateginya.
Namun, menurut bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong, terdapat beberapa faktor yang mengukuhkan lagi perkara tersebut.
Beliau turut berpendapat, China mempunyai kekuatan ketenteraan laut di lautan lain sekali gus merasakan republik itu lebih kuat berbanding negara lain.
“Ada beberapa faktor, satu ialah China rasa lebih kuat sekarang dengan menganggap republik itu mempunyai kuasa besar dan bukan lagi negara di belakang negara-negara lain.
“Saya berpendapat China bersedia bukan sahaja di Laut China Selatan tetapi sebuah negara dengan kekuatan ketenteraan laut di lautan lain termasuk beberapa pangkalan di negara-negara lain,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program AWANI Pagi yang membincangkan topik ‘China di Laut China Selatan: Tiada lagi kompromi’.
Jelasnya lagi, antara faktor lain termasuk persaingan sengit antara China dan Amerika Syarikat (AS) dalam menakluki takhta kuasa besar dunia.
Justeru itu jelasnya, Malaysia perlu mengambil pendirian untuk mengekalkan hubungan baik bersama kedua-dua negara kuasa besar tersebut.
“Apa yang membimbangkan adalah dari perspektif China, ia merasakan negera-negara di sekitarnya harus memilih antara China dan AS.
“Saya berpendapat Malaysia mesti cuba mempengaruhi China supaya tidak ambil mengamalkan minda persaingan terhadap geopolitik terhadap kita atau memaksa negara-negara serantau untuk memilih pihak.
“Malaysia mengambil pendirian untuk baik dengan dua-dua pihak dan tidak mahu menjadikan Laut China Selatan sebagai clash point atau hotspot,” ujarnya.
Jelasnya lagi, egara-negara maritim di sekitar Laut China Selatan juga perlu mengambil pendirian untuk mengekalkan keamanan dengan tidak meneruskan pertarungan dengan negara-negara kuasa besar.
Ikuti perbincangan penuh menerusi pautan di bawah;