Skip to main content

Malaysia

Lavida Coin tersenarai dalam Amaran Pengguna Kewangan BNM

61535542351_LavidaCoin.jpg
Bank Negara Malaysia (BNM) menyenaraikan pengendali terbitan mata wang kripto Lavida Coin, Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan bank pusat itu.

Senarai yang dikemas kini hari ini menyenaraikan syarikat dan laman web tersebut tidak diiktiraf atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan oleh BNM.

Sebanyak 423 syarikat berserta laman web yang telah disenaraikan oleh BNM dalam Amaran Pengguna Kewangan.

Orang awam boleh menyemak senarai syarikat melalui rangkaian yang disediakan di laman web rasmi BNM.


 

Advertisement

Must Watch Video