PUTRAJAYA: Kejayaan lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini, bukan sahaja diterjemahkan dari segi pelaburan tetapi juga membina keyakinan untuk syarikat Malaysia diberi peluang terlibat dalam projek-projek besar di negara tersebut.
Pada program "Soal Jawab Perdana Menteri" yang disiarkan oleh empat stesen TV tempatan termasuk Bernama TV hari ini, beliau berkata dalam lawatan tersebut, Malaysia diberi peranan dan penghormatan yang tinggi oleh kerajaan Arab Saudi, sekali gus sebagai satu pengiktirafan kepada negara.
Anwar berkata beliau juga mengambil peluang untuk menerangkan kepada pelabur yang berminat dengan Malaysia serta inisiatif dan insentif sedia ada yang ditawarkan.
Beliau yang juga Menteri Kewangan menerangkan, secara tradisinya, pelabur asing dalam negara adalah dari Amerika Syarikat, Eropah termasuk Jerman selain China dan India, bagaimanapun, kerajaan juga melihat kepada potensi negara-negara Arab Teluk seperti Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Qatar.
"Contohnya Arab Saudi...Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman memberi dokongan kepada Acwa Power, syarikat tenaga yang memutuskan pelaburan melebihi US$10 bilion, bermula di Melaka dan Kerian (Perak) dan mungkin satu dua tempat yang mereka pilih.
"Selain itu, (terdapat juga perbincangan dengan) syarikat-syarikat lain dan kerjasama dalam bidang lain. Kita juga meminta mereka (Arab Saudi) memberi perhatian kepada syarikat-syarikat kita yang berupaya, bukannya melabur tetapi (peluang) mendapat kontrak pembangunan, pembinaan, teknologi maklumat (IT) di Arab Saudi.
"Ini bermakna diberi peluang sekarang. Contohnya dalam projek-projek besar seperti Neom. Nampaknya, Malaysia diberi perhatian. Dokongan dan sokongan peribadi daripada pemimpin-pemimpin luar penting untuk mereka beri perhatian kepada negara Malaysia," kata beliau.
Neom merupakan sebuah projek mega utama yang dilancar pada 2017 dan sedang dibina di Wilayah Tabuk, di barat laut Arab Saudi. Ia dianggarkan mempunyai pembangunan bernilai US$500 bilion (kira-kira RM2.24 trilion) dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2030.
Perdana Menteri telah mengadakan lawatan kerja ke Riyadh untuk menghadiri mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) bermula Sabtu lepas hingga 29 April.
Lawatan kerja Anwar adalah atas jemputan Mohammed bin Salman dan beliau turut diringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Perdana Menteri turut menyertai Sesi Panel bertemakan "Wawasan Baharu untuk Pembangunan Global" bersama pemimpin-pemimpin negara lain semasa Pembukaan Mesyuarat Khas ini.
Selain itu, Anwar turut menyampaikan ucaptama ketika menyertai "Joint Regional Strategy Dialogue on ASEAN - Gulf Cooperation Council (GCC)" yang diadakan khusus untuk mengetengahkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025.
Temu bual khas hampir sejam bersama Perdana Menteri Malaysia Ke-10 itu dikendalikan penyampai RTM Sayed Munawar Sayed Mustar, Pasha Abdul Rahim (Bernama TV), Muhammad Zulfitri Yusof (Awani) dan Azaria Tagaya (TV3).
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024
Anwar berkata beliau juga mengambil peluang untuk menerangkan kepada pelabur yang berminat dengan Malaysia serta inisiatif dan insentif sedia ada yang ditawarkan. - Gambar PMO
Provinsi Hainan, 'Hawaii China' yang tidak pernah tidur
Keunikan seni bina warisan serta khazanah sejarahnya dari Tembok Besar China, monumen Tiananmen mahupun Kota Larangan membuatkan pelancong seluruh dunia berpusu-pusu datang.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Dua wanita Vietnam cedera cuba lari pemeriksaan imigresen
Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Lawatan kerja PM bina keyakinan bagi syarikat Malaysia terlibat dalam projek besar di Arab Saudi
Kejayaan lawatan kerja Anwar ke Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini, membina keyakinan untuk syarikat Malaysia diberi peluang terlibat dalam projek-projek besar di negara tersebut.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Presiden Jokowi lawat pasar di Wilayah Jambi
Jokowi menekankan kepentingan menambah baik pasar untuk kesejahteraan peniaga dan keperluan memantau harga barangan keperluan.
Pemimpin Parti Komunis China lawat Malaysia untuk kukuhkan hubungan
Menteri Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Liu Jianchao melakukan lawatan kerja ke Malaysia dari 28 hingga 29 Mac ini.
Sekolah daif: PAC beri dua bulan untuk KPM laksana empat syor
PAC memberi tempoh dua bulan kepada KPM untuk menjawab dan melaksanakan empat syor yang telah diberikan berhubung isu sekolah daif, sebelum dipanggil semula untuk prosiding tindakan susulan.
Lawatan kerja Zambry ke Arab Saudi, Turki perkukuh potensi Malaysia dalam pendidikan tinggi serantau
Lawatan Zambry ke Arab Saudi dan Turki, yang bermula semalam akan mengukuhkan lagi potensi Malaysia sebagai pemain utama sektor pendidikan.
Lawatan kerja Ahmad Zahid, Zambry ke Jepun perluas kerjasama pendidikan tinggi
Lawatan kerja itu adalah usaha strategik bagi memperluas kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi di rantau Asia Timur.
Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara
Tengku Mahkota Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara hari ini.
Timbalan Menteri Luar hadiri Persidangan Peringkat Tinggi mengenai Palestin di Iran
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin mengadakan lawatan kerja ke Republik Islam Iran bagi menghadiri Persidangan Peringkat Tinggi mengenai Isu Palestin bermula hari ini hingga Isnin.
Perdana Menteri tiba di Labuan untuk lawatan kerja
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Labuan untuk lawatan kerja setengah hari.