JEDDAH: Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi dijangka dapat mempertingkatkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan negara Timur Tengah itu, di samping meneroka kerjasama dua hala yang baharu.
Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah berkata, dalam lawatan tiga hari tersebut, perdana menteri dijadual menghadap Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.
"Pertemuan ini akan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin berkenaan membincangkan isu dan kerjasama dua hala yang berkepentingan, di samping meneroka peluang kerjasama baharu bagi memperkasakan jalinan hubungan antara kedua-dua negara," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Anwar dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz pada 6.40 pagi waktu tempatan (11.40 pagi waktu Malaysia) diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Ini merupakan lawatan rasmi ke negara luar ASEAN pertama buat Anwar dan juga lawatan pertamanya ke Arab Saudi sejak menyandang jawatan perdana menteri pada 24 Nov tahun lepas.
Semasa lawatan ini juga, menurut Wan Zaidi, Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hissein Brahim Taha dan Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (MWL), Sheikh Dr Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa.
Beliau berkata, Perdana Menteri juga dijadual mengadakan lawatan ke Bank Pembangunan Islam di sini dan menyampaikan ucaptama semasa lawatan tersebut.
"Pertemuan-pertemuan ini akan menjadi satu platform bagi Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin berkenaan membincangkan pelbagai isu-isu berkepentingan yang melibatkan Malaysia.
"Pertemuan ini merupakan satu wahana bagi Perdana Menteri untuk menerokai peluang ekonomi yang boleh diceburi oleh ahli perniagaan Malaysia di Arab Saudi serta bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di rantau Asia Tenggara," katanya.
Beliau berkata, beberapa memorandum persefahaman dijangka ditandatangani melibatkan kerjasama antara agensi kerajaan kedua-dua negara dan pihak swasta, selain Anwar akan turut mengambil peluang beramah mesra dengan rakyat Malaysia di Jeddah.
"Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa lawatan ini mencerminkan hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan Arab Saudi, yang dibina berasaskan kepercayaan dan perkongsian bersama.
"Hubungan simbiotik ini telah memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara daripada kerjasama yang dilaksanakan dalam pelbagai sektor," katanya.
Wan Zaidi berkata pada 2022, Arab Saudi merupakan rakan dagang terbesar, destinasi eksport ketiga terbesar dan sumber import terbesar di rantau Asia Barat dengan jumlah dagangan dua hala berjumlah RM45.52 bilion (USD10.26 bilion) iaitu peningkatan sebanyak 159.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Katanya, jumlah eksport ke Arab Saudi meningkat sebanyak 43.8 peratus untuk tempoh sama berjumlah RM7.28 bilion (USD1.66 bilion), manakala jumlah import daripada Arab Saudi mencatatkan peningkatan sebanyak 205.8 peratus berjumlah RM38.24 bilion (USD8.60 bilion). - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023

Lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi dijangka dapat mempertingkatkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan negara Timur Tengah itu, di samping meneroka kerjasama dua hala yang baharu. - Gambar fail REUTERS

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mei 2023.

Big Stage 2023: Giliran Meer Nash ucap selamat tinggal, Waode dominasi minggu keempat
Peserta Big Stage 2023, Meer Nash harus menerima kenyataan apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang harus meninggalkan program hiburan itu.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.

Perjalanan lancar, Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu dibuka hari ini
Projek Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu, yang juga sebahagian daripada Lebuhraya Pan-Borneo telah dibuka pada 6 petang tadi.

Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, lima kru terselamat
Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

Keringkan empangan demi dapatkan semula telefon bimbit
Pam diesel itu berjaya mengosongkan kira-kira dua juta liter (440,000 gelen) air, cukup untuk mengairkan 600 hektar tanah.

Piala FA: KL City ke separuh akhir selepas bangkit atasi Sabah
Juara tiga kali, Kuala Lumpur City FC menumpaskan tuan rumah Sabah FC 2-1 pada pertembungan suku akhir di Stadium Likas hari ini.

150 pakar, pemain industri berkumpul pada forum HAWANA bincang masa depan media
Bertemakan "Media Bebas, Tunjang Demokrasi", HAWANA 2023 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

PM akan jelaskan penarikan rayuan kes kalimah Allah hari ini
Perkara berkenaan akan dijawab Anwar pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sejurus mesyuarat Dewan Rakyat bermula 10 pagi.

Hari Belia lonjak semangat anak muda Malaysia - Anwar
Sambutan Hari Belia Negara mengingatkan golongan berkenaan bahawa mereka ialah pemimpin kini dan masa depan.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berlangsung hari ini
Konvensyen menghimpunkan perwakilan dan pemimpin daripada 19 parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Keputusan siasat Malaysia rugi RM4.5 trilion langkah tepat
Siasatan adalah langkah tepat berikutan setiap RM1 yang dibelanjakan mesti mempunyai hasil dan impak diinginkan kepada rakyat dan negara.

Komitmen tinggi wakil parti pastikan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan lancar
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan menjangkakan kehadiran lebih 10,000 delegasi parti politik, pemimpin parti dan penyokong.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan fokus kepada rakyat, ekonomi negara
Menerusi konvensyen ini, Kerajaan Perpaduan dapat membuktikan usaha-usaha untuk menjatuhkan kerajaan itu merupakan sesuatu yang sia-sia.

Tular gambar Nik Abduh bersama Anwar
Pelbagai spekulasi turut tercetus susulan tularnya gambar Nik Mohamad Abduh bersama pemimpin Pakatan Harapan.

KWSP digesa tingkat pelaburan dalam negara kepada 70 peratus - PM
Sasaran itu seiring dengan matlamatnya yang bertujuan membantu pencarumnya.

PM rasmi ibu pejabat baharu KWSP
Ibu pejabat baharu KWSP di Kwasa Damansara yang siap dibina pada Jun tahun lalu menempatkan lebih 2,200 kakitangan.