HAMBURG: Perdana Menteri mengakhiri lawatan ke Jerman dengan menyifatkan ia berjaya mengeratkan hubungan dua hala kedua-dua negara, di samping meleraikan kebimbangan yang timbul.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, pertemuan dengan rakan sejawat, Olaf Scholz telah membuka lembaran baharu kepada perspektif Jerman terhadap isu Palestin.
“Dalam kenyataan mutakhir beliau nyatakan keperluan hentikan serangan di Gaza untuk ada keamanan yang lebih terjamin dan penyelesaian dua negara.
"Ini bermakna pengiktirafan kepada hak rakyat Palestin yang telah terabai sekian lama,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media terakhir sebelum mengakhiri lawatan rasmi di Jerman pada Jumaat.
Menurut Anwar, sidang media bersama antara beliau dan Scholz pada Isnin lalu diterima baik oleh banyak pihak dan ini terserlah apabila beliau menerima reaksi positif mengenai penegakan hak Palestin dalam sesi ramah mesra bersama komuniti Islam di Berlin dan Hamburg.
“Kita juga syukur kerana kenyataan itu mendapat liputan luas di Jerman dan seluruh dunia. Setiap kali ke masjid di Berlin dan solat Jumaat di Hamburg, umat Islam pelbagai negara dapat ikuti kenyataan saya.
“Sekali gus, mengharumkan nama Malaysia sebagai negara berdaulat dan ada sikap sendiri sebagai negara bebas,” jelasnya.
Anwar turut mengalu-alukan keputusan kerajaan Australian untuk menyambung semula pendanaan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) yang kini berada di peringkat akhir sebelum dimuktamadkan.
Selain itu, lawatan rasmi ini juga membawa kepada persetujuan Malaysia secara prinsip untuk menyertai Kelab Iklim (Climate Club) yang dijayakan oleh Scholz dan dianggotai 36 negara dalam usaha memformulasikan pengiraan standard pelepasan karbon dioksida bagi produk tertentu termasuk definisi baharu sifar karbon bagi sektor besi dan simen.
Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa misinya untuk memberi pencerahan mengenai kedudukan Malaysia berkaitan hubungan dengan China tercapai menerusi dialog bersama tampuk kepimpinan Jerman, Yayasan Kober serta peluang memberi ucapan di Hari Masa Depan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Makan Malam Persahabatan Asia Timur ke-101.
“Saya sampaikan keperluan sikap lebih bertolak-ansur, hormat pendirian masing-masing walaupun berlainan wilayah dan agama.
“Kita berterus terang, kita dapat menarik perhatian mereka. dan apabila mereka (kerajaan Jerman) beri penghormatan, syarikat-syarikat Jerman lebih lunak (dalam rundingan).
“Jarang dalam dalam kunjungan rasmi, peluang berucap dalam sidang utama tidak hadiri. Tetapi kita terpaksa tolak (kerana terlalu banyak jemputan) termasuk dari Universiti Hamburg,” ujarnya.
Anwar turut merakam penghargaan kepada pihak kedutaan Malaysia di Jerman atas perancangan yang rapi dalam menjayakan lawatan rasmi berkenaan.
Perdana Menteri dalam rangka lawatan rasmi ke Jerman yang bermula sejak 11 Mac lalu dan berakhir pada Jumaat.
Irfan Faruqi
Sat Mar 16 2024
Anwar menyampaikan ucap tama pada acara 101st Ostasiatisches Liebesmahl di Hamburg City Hall hari ini. -Bernama
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
Anwar tegaskan tidak kepada kasino kedua di Malaysia
Beliau berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Perdana Menteri terus menggunakan platform dunia untuk menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa besar yang bersikap selektif, dan sengaja menyebarkan fahaman tidak betul terhadap dunia Islam.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
PM Anwar diberi sambutan rasmi sempena lawatan sulung ke Qatar
Perdana Menteri tiba di dewan pemerintahan negara Qatar itu pada 10.30 pagi waktu tempatan (3.30 petang waktu Malaysia) disambut Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.