MALAYSIA
Lawatan PM Pakistan ke Malaysia cermin hubungan erat dua negara - PM Anwar

Lawatan tiga hari Perdana Menteri Pakistan Muhammad Shehbaz Sharif ke Malaysia bermula hari ini mencerminkan hubungan erat kedua-dua negara, selain membuka ruang untuk meneroka peluang kerjasama baharu demi manfaat bersama. - Foto ihsan PMO
KUALA LUMPUR: Lawatan tiga hari Perdana Menteri Pakistan Muhammad Shehbaz Sharif ke Malaysia bermula hari ini mencerminkan hubungan erat kedua-dua negara, selain membuka ruang untuk meneroka peluang kerjasama baharu demi manfaat bersama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelbagai agenda telah diatur dalam lawatan berkenaan bagi meneroka potensi kerjasama baharu antaranya bidang perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan serta pertahanan, demi manfaat bersama rakyat Malaysia dan Pakistan.
"Lawatan ini merupakan kunjungan balas kepada lawatan rasmi saya ke Pakistan pada Oktober 2024 dan mencerminkan eratnya hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.
"Semoga hubungan Malaysia-Pakistan terus subur dan berkembang maju pada masa hadapan, insya-Allah," kata Anwar menerusi hantaran di Facebook malam ini usai menyambut ketibaan Shehbaz.Terdahulu, pesawat khas yang membawa Shehbaz dan delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 9.46 malam dan ketibaan mereka disambut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami