KUALA LUMPUR: Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lawatan ke Australia berjaya menjana potensi pelaburan sebanyak RM24.5 bilion dan antara syarikat Australia yang telah menyatakan komitmen pelaburan termasuklah AirTrunk, NextDC, LaTrobe Magnesium, Kumpulan Arnott's dan Cochlear Ltd.
Lawatan ke Australia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia ke Australia sebanyak RM962.1 juta bagi barangan kayu, baja, makanan dan minuman serta komponen elektrik, kata beliau menjawab pertanyaan Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar berkata hasil lawatan rasmi ke Jerman baru-baru ini, secara keseluruhannya telah menjana potensi pelaburan berjumlah RM45.4 bilion, meliputi industri tenaga dan pelbagai industri pembuatan termasuk semikonduktor, aeroangkasa, produk kimia, peranti perubatan dan sektor automotif.
Beliau berkata antara syarikat Jerman yang telah memberi komitmen untuk melabur di Malaysia termasuklah Siemens Energy, Infineon Technologies, Airbus, B-Braun, BMW, Nexperia dan Delo Chemical.
Dari segi potensi eksport pula, katanya potensi pembelian tambahan yang diperoleh hasil lawatan ke Jerman adalah berjumlah RM1.4 bilion daripada syarikat Airbus.
Ini memberi suntikan yang memberangsangkan kepada jualan eksport produk dan perkhidmatan Malaysia ke Jerman khususnya dalam sektor aeroangkasa bagi tempoh lima tahun akan datang, jelas beliau.
Menjawab soalan tambahan Ku Abd Rahman, Anwar berkata terdapat peningkatan yang mendadak dan meyakinkan untuk tahap perdagangan Malaysia pada Januari dan Februari lepas berbanding mana-mana bulan sebelumnya.
"Justeru, saya tidak risau walaupun (terdapat) kesan daripada politik global, kepincangan di Rusia-Ukraine dan Gaza.
"Kita telah ambil tindakan untuk memastikan bukan sahaja negara-negara tradisional yang banyak melabur tetapi ada peningkatan yang ketara dari China, Jerman, Amerika Syarikat. Saya yakin ia akan memberi jaminan kelangsungan kegiatan itu dalam negara kita," kata beliau.
Ku Abd Rahman mempersoal tahap perdagangan Malaysia yang masih ada turun naik bagi tahun 2024 dalam permintaan global yang menurun serta langkah-langkah kerajaan untuk mempelbagaikan pasaran luar negara seperti negara Amerika Latin, Timur Tengah.
Anwar berkata buat masa ini, Malaysia menguasai tujuh peratus pasaran dunia semikonduktor apabila Amerika Syarikat, Eropah dan China menjadikan Malaysia sebagai hab kepada sektor ini terutamanya pasaran cip.
Beliau berkata Malaysia menguasai 23 peratus keperluan cip di Amerika Syarikat.
Menurut Anwar, prestasi perdagangan negara telah menunjukkan trend peningkatan untuk dua bulan pertama tahun 2024, mencatatkan pertumbuhan 8.3 peratus kepada RM446.43 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Beliau berkata eksport meningkat 3.9 peratus kepada RM233.74 bilion, disumbang oleh kenaikan eksport barangan perkilangan yang turut mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 3.4 peratus kepada RM196.75 bilion.
Katanya ini telah dipacu oleh peningkatan eksport bagi barangan besi dan keluli, jentera, kelengkapan dan peralatan serta keluaran petroleum tetapi eksport merosot 0.8 peratus iaitu RM111.3 bilion dan import naik 8.4 peratus iaitu RM100.4 bilion dan lebihan dagangan menurun kepada RM10.87 bilion.
"Kejayaan besar ini atas kerjasama pelbagai kementerian. Kita akui Malaysia mendapat tempat kerana politik yang stabil, dasar ekonomi MADANI yang jelas serta kepantasan kelulusan.
"Selain itu, kita juga melihat kesungguhan Arab Saudi, Kuwait dan Qatar untuk melabur. Jika dahulu pada tahap rendah, sekarang berpuluh kali ganda," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024
Anwar berkata hasil lawatan rasmi ke Jerman baru-baru ini, secara keseluruhannya telah menjana potensi pelaburan berjumlah RM45.4 bilion. - Foto Bernama
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Penunjuk perasaan menggesa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berundur dan mengadakan pilihan raya baharu.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Lokasi operasi rejim itu tertumpu di Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Anwar hadiahkan kek sempena ulang tahun ke-70 kelahiran Presiden Kazakhstan
Kek itu disampaikan sendiri oleh Anwar kepada Tokayev yang hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Nursultan Nazarbayev.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
PM Anwar tiba di Uzbekistan untuk lawatan rasmi tiga hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan.
Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu
Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
Presiden Kazakhstan nyatakan kesediaan tingkatkan interaksi, kerjasama dengan Malaysia
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menyatakan kesediaan negaranya untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan Malaysia semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke ibu negara Astana.
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.