awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan rasmi ke Thailand: Sambutan permaidani merah untuk Anwar

Shafizan Johari
Shafizan Johari
09/02/2023
11:01 MYT
Lawatan rasmi ke Thailand: Sambutan permaidani merah untuk Anwar
Anwar diiringi Prayuth memeriksa barisan kawalan kehormat. - Foto BERNAMA
BANGKOK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Thailand diberikan sambutan permaidani merah ketika tiba di Government House, di sini petang tadi.
Kehadiran beliau yang diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, disambut oleh rakan sejawatnya dari Thailand, Prayuth Chan o-cha.
Lagu kebangsaan kedua-dua negara Malaysia dan Thailand kemudiannya dimainkan, sebelum Anwar diiringi Prayuth memeriksa barisan kawalan kehormat.
Kedua-dua pemimpin kemudiannya mengadakan mesyuarat dua hala bagi membincangkan langkah mengukuhkan kerjasama pelbagai bidang.
Pertemuan antara Anwar dan Prayut akan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk membincangkan isu-isu dan kerjasama dua hala yang berkepentingan bersama disamping meneroka peluang-peluang kerjasama yang baru bagi memperkasakan jalinan hubungan antara kedua-dua negara.
Kedua-dua pemimpin turut dijadual menyaksikan pertukaran empat Memorandum Persefahaman (MoU) memberi peluang kepada kedua-dua buah negara untuk meneroka potensi kerjasama dalam bidang tenaga dan ekonomi digital yang menjadi kepentingan bersama.
Satu sesi sidang media bersama juga akan diadakan selepas pertemuan berkenaan bagi memaklumkan hasi perbincangan dan keputusan yang telah dimuktamadkan olen kedua-dua pemimpin.
Anwar juga dijangka hadir pada Majlis Makan Malam Rasmi yang dihoskan Prayut malam ini.
Hadir bersama delegasi Perdana Menteri Menteri Luar Negeri Datuk Seri Zambry Kadir, Datuk Seri Salfuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri dan Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Ini merupakan lawatan pertama Anwar ke Thailand selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov lepas. Ia merupakan lawatan rasmi Anwar sebagai Perdana Menteri ke luar negara selepas Indonesia, Brunei dan Singapura.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#lawatan rasmi
#Perdana Menteri Thailand
#Prayuth Chan o-cha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan