awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawrence Jeyaraj direman sehari kerana komen ke atas sistem kehakiman

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
21/02/2015
04:42 MYT
Lawrence Jeyaraj direman sehari kerana komen ke atas sistem kehakiman
Aktivis Kumpulan Kartunis Independent (KKI) Lawrence Jeyaraj, hari ini direman sehari selepas ditahan semalam atas dakwaan menghasut.
Aktivis Kumpulan Kartunis Independent (KKI) Lawrence Jeyaraj, hari ini direman sehari selepas ditahan semalam atas dakwaan menghasut.
Menurut laman Twitter Lawyers For Liberty, polis telah memohon Lawrence direman selama empat hari, namun perintah reman hanya diberikan selama sehari.
Menurut laman Twitter itu juga, Lawrence akan dibebaskan esok.
Kes hasut Lawrence Jayaraj, polis mohon 4 hari utk reman, 1 hr reman. Dilepaskan esok. peguam @chelle_yesudas & abang Lawrence En William,
— Lawyers For Liberty (@lawyers4liberty) February 21, 2015
Syabas @chelle_yesudas - majistret hanya benarkan polis 1 hari reman shj utk tahanan @lawrencejayaraj -#mansuhaktahasutan
— Lawyers For Liberty (@lawyers4liberty) February 21, 2015
Sementara itu peguam Lawrence, Michelle Yesudas, semasa mengesahkan perkara itu, berkata kepada Astro AWANI bahawa Lawrence ditahan kerana memberikan komen ke atas sistem kehakiman.
“Lawrence ditahan di bawah Seksyen 4 (1) c Akta Hasutan. Kenyataannya baru diambil,” katanya melalui satu pesanan ringkas.
Ia dilaporkan bahawa Lawrence, 45, telah ditangkap di rumahnya di Taman Cuepacs kira-kira jam 6.30 petang Jumaat oleh pasukan lima anggota polis sebelum dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan yang ditahan di bawah Akta yang sama telah dibebaskan selepas aplikasi remannya ditolak oleh mahkamah Majistret. Dia dibebaskan semalam.
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#lawrence jeyaraj
#Michelle Yesudas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan