awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 1,000 anggota polis Perak pantau pematuhan SOP di sekolah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
22/11/2021
01:43 MYT
Lebih 1,000 anggota polis Perak pantau pematuhan SOP di sekolah
Noorzainy bersama anggota polis yang lain menyantuni seorang murid di SK Cator Avenue, Ipoh. - Foto Astro AWANI
IPOH: Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh Perak bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ekoran pembukaan semula sekolah rendah hari ini.
Lebih 100,000 murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di 825 sekolah rendah memulakan sesi persekolahan secara bersemuka, separuh daripada jumlah keseluruhan murid.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Perak, SAC Noorzainy Mohd Noor berkata, pemantauan turut melibatkan pegawai perhubungan sekolah, anggota trafik, unit peronda MPV dan Unit Ronda Bermotosikal (URB).
"Kita juga akan memantau waktu balik dari sekolah.
"Sebab, saya difahamkan oleh pihak Jabatan Pendidikan, apabila balik dari sekolah, pelajar-pelajar ataupun ibu bapa dalam keadaan hendak cepat, jadi kadang-kadang mereka lupa bahawa mereka perlu patuh SOP.
"Dan daripada pemantauan awal yang kita buat, memang awal pagi ibu bapa patuh SOP," katanya yang ditemui selepas Program Pemantauan SOP COVID-19 Bersama Pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Cator Avenue dan Program Kembali ke Sekolah hari ini.
Sesi persekolahan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 di Perak menggunakan format penggiliran di mana murid dibahagikan kepada dua kumpulan, A dan B.
Minggu ini, murid kumpulan A akan hadir ke sekolah manakala kumpulan B akan menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Murid dari kumpulan B akan hadir ke sekolah minggu hadapan dan kumpulan A menjalani sesi PdPR.
Topic Berkaitan
#polis
#patuh SOP
#Noorzainy Mohd Noor
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan