awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru

Lebih 14,000 anggota pelbagai agensi siap siaga hadapi banjir di Sabah

Bernama
Bernama
03/12/2024
20:45 MYT
Lebih 14,000 anggota pelbagai agensi siap siaga hadapi banjir di Sabah
Mohd Yusoff bergambar selepas majlis pentauliahan pegawai kadet Kor SISPA Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Selasa. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Sebanyak 14,209 pegawai dan anggota pelbagai agensi bersiap sedia menghadapi bencana banjir di Sabah, kata Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Mohd Yusoff Samad.
Beliau berkata, selain itu, 1,456 aset disediakan oleh agensi terbabit termasuk 16 logistik udara sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlarutan hingga awal tahun depan.
"Agensi terlibat antaranya APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta agensi negeri yang berkaitan," katanya kepada pemberita selepas majlis pentauliahan pegawai kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, pada Selasa.
MTL, yang bermula awal bulan lepas, dijangka berterusan hingga Mac dengan hujan lebat diramal berlaku di pantai timur Semenanjung, Sarawak serta Sabah dan boleh mengakibatkan banjir di kawasan rendah.
Mohd Yusoff berkata, anggota APM bersiap sedia di semua daerah termasuk 10 daerah kecil di Sabah yang bermula dari zon Kudat, Kota Kinabalu, Beaufort, Keningau, Tawau dan Sandakan.
Mengenai majlis itu, beliau berkata, 57 anggota Kor SISPA UMS ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda selepas berjaya melengkapkan lima kursus wajib sepanjang penglibatan di bawah modul latihan pertahanan awam di universiti berkenaan.
Mohd Yusoff berkata, mereka akan ditempatkan di lokasi tempat tinggal masing-masing sebagai persediaan mendepani sebarang bencana dan kecemasan. - BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#hujan lebat
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.