awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Malaysia sokong keusahawanan muda melalui DEFA, Akademi PKS ASEAN - MITI
MALAYSIA
Cuaca, kenderaan berat punca utama jalan rosak - Ahmad Maslan
MALAYSIA
Kaamatan, Gawai perkukuh semangat serumpun Sabah dan Sarawak - Hajiji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Lebih 200 operasi carilamat selamatkan lebih 1,000 nyawa tahun lepas - Maritim Kelantan

Bernama
Bernama
28/06/2025
14:15 MYT
Sponsor Banner
Lebih 200 operasi carilamat selamatkan lebih 1,000 nyawa tahun lepas - Maritim Kelantan
Erwan Shah menegaskan bahawa Maritim Malaysia memastikan sekurang-kurangnya sebuah aset berada dalam keadaan siap siaga di setiap negeri dan zon maritim untuk digerakkan segera apabila menerima laporan kecemasan. - Gambar fail/Bernama
PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan sebanyak 226 operasi mencari dan menyelamat (carilamat) sepanjang tahun lepas, melibatkan 1,348 mangsa di seluruh negara.
Pengarah Maritim Kelantan Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata daripada jumlah itu, 1,259 mangsa berjaya diselamatkan, 64 dilaporkan meninggal dunia, manakala 25 lagi diklasifikasikan sebagai hilang.
Beliau berkata statistik tersebut membuktikan kecekapan dan kesiapsiagaan aset Maritim Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab operasi kecemasan maritim.
"Hari Kesedaran dan Keselamatan Maritim yang disambut setiap tahun ini juga menjadi platform mendidik komuniti maritim termasuk nelayan, pelancong dan pengusaha laut mengenai langkah keselamatan ketika berada di laut," katanya pada sidang media sempena sambutan Hari Kesedaran dan Keselamatan Maritim 2025 di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan di sini hari ini.
Beliau memaklumkan, di Kelantan hanya satu kes lemas direkodkan tahun lepas melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang lemas ketika bermain di pantai.
Erwan Shah turut menegaskan bahawa Maritim Malaysia memastikan sekurang-kurangnya sebuah aset berada dalam keadaan siap siaga di setiap negeri dan zon maritim untuk digerakkan segera apabila menerima laporan kecemasan.
"Tahun ini, Maritim Malaysia memperhebat kempen kesedaran keselamatan di laut melalui ceramah kepada komuniti, kempen media sosial, edaran risalah, sesi dialog, pameran keselamatan serta wawancara di media elektronik.
"Usaha ini penting bagi mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan memperkukuh hubungan antara agensi penguat kuasa dengan masyarakat pesisir," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#Maritim Malaysia
#carilamat
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami