KUALA LUMPUR: Lebih 30 peratus harga tiket penerbangan telah diturunkan susulan kesediaan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk bertolak ansur menurunkan kadar harganya pada musim perayaan.
Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak bagaimanapun berkata suruhanjaya itu akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi melihat secara terperinci kadar perbandingan penurunan harga tiket penerbangan dalam masa terdekat.
"Ada yang mengatakan ia (tiket penerbangan) telah naik 70 peratus, tetapi kita telah berjaya kurangkan banyak daripada kadar berkenaan, pagi ini pun apabila kita lihat, sudah ada penurunan.
"Ini kerana kita berjaya meningkatkan kekerapan penerbangan dengan cara redeploy (menyusun semula pergerakan) kapal-kapal terbang supaya tumpuan diberikan kepada sektor (perayaan) ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penghantaran kakitangan Express Rail Link (ERL) ke 'Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Line' bagi menyokong operasi musim Haji 2022, di KL Sentral, hari ini.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan pengendali syarikat penerbangan agar tidak mengambil keuntungan secara berlebihan dengan menaikkan harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak terlalu tinggi pada musim perayaan ini.
Isu harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak menjadi tajuk perbualan hangat sejak kebelakangan ini apabila harga yang dipaparkan pada laman web syarikat penerbangan dikatakan meningkat sehingga RM2,000 bagi penerbangan dua hala ke Sabah atau Sarawak, berbanding kebiasaan sekitar RM300 bagi perjalanan sama.
Sementara itu merujuk kepada cadangan berhubung penubuhan Pusat Kecemerlangan Rel Kebangsaan (NRCOE), sebagai pusat kecemerlangan nasional bagi industri kereta api, Isham berkata ia dijangka diluluskan oleh kabinet dalam masa terdekat.
Beliau berkata kandungan kepakaran tempatan dalam pengangkutan rel negara ini masih kurang, iaitu 15 peratus sahaja dan dengan kewujudan NRCOE diharapkan dapat membina industri kereta api mengikut standard Malaysia.
"Dengan adanya standard berkenaan, kita berupaya mengembangkan pengetahuan dan melatih lulusan universiti untuk bekerja dalam industri ini serta juga mengeksport kompenan atau barang kereta api sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022
MAVCOM akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi melihat secara terperinci kadar perbandingan penurunan harga tiket penerbangan dalam masa terdekat.- Gambar hiasan/BERNAMA
Pengecualian sementara borang TM.6 oleh Thailand bantu rangsang pelancongan Perlis
Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.
AWANI Ringkas: Peruntukan pembangkang: Kerajaan setuju secara dasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lapan anggota FRU didakwa simpan lapan bahagian badan pelanduk tanpa lesen
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Kerajaan perlu bentang Blueprint Social Safety Net Policy - Khairil Nizam
Kerajaan dicadangkan agar membentangkan Blueprint Social Safety Net Policy yang lebih komprehensif agar dapat menjamin kehidupan rakyat.
17,708 tiket penerbangan sehala ke Sabah, Sarawak ditawar pada harga maksimum RM300 - Loke
Sebanyak 17,708 tiket penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak dijual pada harga maksimum RM300 sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
7 perkara penting dalam sidang media Menteri Pengangkutan berhubung harga tiket kapal terbang
Berikut adalah senarai senarai tujuh fakta menarik mengenai kenyataan Anthony Loke mengenai aplikasi tiket penerbangan yang digunakan oleh Ka Siong.
Lebih 30 peratus harga tiket kapal terbang telah diturunkan - KSU MOT
Lebih 30 peratus harga tiket penerbangan telah diturunkan susulan kesediaan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk bertolak ansur menurunkan kadar harganya pada musim perayaan.