awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 3,000 usahawan desa dilatih menerusi program pendigitalan

Bernama
Bernama
12/08/2024
21:30 MYT
Lebih 3,000 usahawan desa dilatih menerusi program pendigitalan
Rubiah berkata sehingga kini, 67,508 usahawan desa sudah berdaftar dengan agensi di bawah KKDW di seluruh negara dan kebanyakan mereka di bawah kategori PICO. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Seramai 3,249 usahawan desa telah dilatih menerusi Program Pendigitalan Usahawan Desa (PPU) sejak ia dilaksanakan tiga tahun lepas.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata 6,000 produk usahawan desa juga telah dimasukkan ke dalam rekod sistem dagang kementerian itu iaitu Desamall bagi meningkatkan pendapatan usahawan melalui pemasaran dalam talian.
Beliau berkata Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM20 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) untuk melatih 4,000 usahawan desa menerusi PPU.
Rubiah turut menggalakkan usahawan desa mengambil peluang inisiatif program Alibaba Cloud di Malaysia yang dapat membantu membangunkan model kecerdasan buatan (AI) lebih kecil dan sesuai dengan perusahaan kecil dan sederhana tempatan.
"Alibaba Cloud telah melancarkan Program Pemecutan Digital dengan tiga inisiatif utama yang bertujuan memacu penggunaan kecerdasan buatan (AI) di negara ini," katanya selepas merasmikan PPU di sini semalam.
Beliau berkata antara inisiatif utama yang ditekankan merangkumi latihan dan pembiayaan untuk syarikat pemula pendigitalan, jalinan kerjasama dengan universiti dan model studio untuk pembangunan AI generatif.
Dalam pada itu, Rubiah berkata sehingga kini, 67,508 usahawan desa sudah berdaftar dengan agensi di bawah KKDW di seluruh negara dan kebanyakan mereka di bawah kategori PICO atau yang memperoleh pendapatan jualan kurang RM60,000 setahun.
Beliau berkata sekiranya pendapatan jualan usahawan berkenaan dapat ditingkatkan hingga melebihi RM150,000 setahun, maka mereka akan dikategorikan sebagai usahawan kecil dan sederhana.
"Sebab itulah kita mengadakan program PPU untuk memastikan daya saing usahawan kita dapat ditingkatkan menerusi latihan pendigitalan selain bantuan pembiayaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rubiah Wang
#usahawan desa
#digital
#PICO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan