awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Grok sertai Gemini dalam inisiatif AI ketenteraan Amerika Syarikat
Personaliti TV Martha Stewart sertai Snoop Dogg sebagai pemilik minoriti Swansea
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar

Bernama
Bernama
17/01/2025
21:00 MYT
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Permukiman AMM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi, merupakan mesyuarat peringkat menteri pertama ASEAN di bawah Kepengerusian Malaysia bagi 2025. - Gambar Astro AWANI/ LUQMAN HARIZ
LANGKAWI: Lebih 400 pegawai dan anggota polis ditugaskan sepanjang tempoh Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang diadakan, di sini, bermula hari ini hingga Ahad.
Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari berkata, kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
"Jadi mereka ini bertugas dan telah masuk ke Langkawi demi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang program ini berlangsung.
"Jadi tiada isu soal keselamatan di Langkawi sepanjang program AMM," katanya pada sidang media, di sini, pada Jumaat.
Mengulas mengenai isu keselamatan susulan kemasukan bot yang membawa etnik Rohingya dari Myanmar yang mendarat di Langkawi awal bulan ini, Shariman berkata, kawalan di sempadan perairan negara telah diperketatkan bagi mengelakkan kejadian sama.
"Tiga agensi iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Polis Marin telah mengetatkan kawalan di perairan," katanya.
Permukiman AMM yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi, merupakan mesyuarat peringkat menteri pertama ASEAN di bawah Kepengerusian Malaysia bagi 2025, yang menjadi pembuka tirai bagi tahun yang sibuk dan penting.
Lebih 200 delegasi dari 10 negara anggota ASEAN, bersama negara pemerhati Timor-Leste, dijangka menghadiri permukiman kali ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Pemukiman AMM
#Permukiman Menteri Luar ASEAN
#Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan