awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia terus mainkan peranan aktif terajui proses rundingan COC - Menteri Luar
KPM buat persiapan hadapi dua kohort, fokus pengisian guru dan fasiliti sekolah - Wong
Bukan kerana tambak pantai, hakisan di Batu Feringghi, Tanjung Bungah akibat air pasang - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 49,000 rakyat Malaysia manfaat perkhidmatan BAS.MY

Faida Rahim
Faida Rahim
27/10/2025
03:10 MYT
Lebih 49,000 rakyat Malaysia manfaat perkhidmatan BAS.MY
Anthony Loke berkata, perkhidmatan BAS.MY percuma ditawarkan di negeri masing-masing melalui Kad Konsesi BAS.MY yang dibuka kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas, pelajar sekolah, mahasiswa awam dan swasta serta OKU. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Setakat bulan Ogos 2025, dasar Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk menawarkan perkhidmatan bas percuma kepada golongan warga emas, pelajar sekolah, mahasiswa dan orang kelainan upaya (OKU) telah memanfaatkan 49,611 orang.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perkhidmatan BAS.MY percuma ditawarkan di negeri masing- masing melalui Kad Konsesi BAS.MY yang dibuka kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas, pelajar sekolah, mahasiswa awam dan swasta serta OKU.
"Perkhidmatan BAS.MY di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti memberi tumpuan di kawasan ibu-ibu negeri dan sekitarnya, khususnya di luar Lembah Klang.
"Setakat Oktober 2025, perkhidmatan BAS.MY telah beroperasi di kawasan Kangar, Kota Setar, Ipoh, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Kuching. Perkhidmatan ini juga sedang diperkenalkan secara berfasa di Kota Kinabalu," katanya.
Beliau menjawab pertanyaan berhubung jumlah Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) pengguna Pas Konsesi BAS.MY mengikut negeri dan pecahan peratusan pemegang Pas Konsesi BAS.MY yang merupakan pelajar sekolah, mahasiswa, OKU dan warga emas.
Jelas beliau lagi, secara keseluruhan, 78 peratus daripada pengguna yang menikmati perkhidmatan bas percuma melalui Kad Konsesi BAS.MY adalah warga emas, diikuti 13 peratus pelajar sekolah, 6 peratus OKU dan 3 peratus mahasiswa manakala jumlah pengguna Kad Konsesi BAS.MY paling tinggi adalah di Johor Bahru, Kuching, Ipoh, Seremban dan Melaka.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pengangkutan
#Anthony Loke
#OKU
#Kad Konsesi BAS MY
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan