awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 50 tapak geologi dikaji untuk penentuan status Geopark Lembah Lenggong

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/03/2021
07:55 MYT
Lebih 50 tapak geologi dikaji untuk penentuan status Geopark Lembah Lenggong
Lembah Lenggong menjanjikan pelbagai tarikan alam yang boleh menarik perhatian pengembara sedunia pada masa akan datang. - Foto: JMG
LENGGONG: Lebih 50 tapak geologi di Lenggong dikaji untuk diperakukan sebagai Geopark Lembah Lenggong sekali gus mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut.
Kajian sedang dilakukan sebelum pengiktirafan diberi kepada Geopark Lembah Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan kedua di Perak, selepas Geopark Lembah Kinta.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, berdasarkan kajian itu, terdapat beberapa geotapak yang lebih bernilai berbanding yang terdapat di Langkawi.
Pelbagai tarikan alam sedia menanti di kawasan ini yang mampu mewarnai dunia pelancongan akan datang. - Foto: JMG
Pelbagai tarikan alam sedia menanti di kawasan ini yang mampu mewarnai dunia pelancongan akan datang. - Foto: JMG
Formasi batuan yang menentukan usia kejadian ratusan tahun di Lenggong. - Foto: JMG
Formasi batuan yang menentukan usia kejadian ratusan tahun di Lenggong. - Foto: JMG
“Ramai yang tidak mengetahui bahawa nilai yang ada di Lenggong ini begitu tinggi. Umpamanya, Gunung Pulut di Lenggong ini yang usianya menyamai apa yang ada di Gunung Mat Chincang di Langkawi, usianya lebih daripada 500 juta tahun.
“Itu salah satu daripada geotapak yang sedang dinilai. Jika pengiktirafan ini diberi, maka ia akan membolehkan kawasan ini menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara,” ujar Shamsul Anuar.
Formasi batuan unik yang terdapat di sekitar kawasan Lenggong. - Foto: JMG
Formasi batuan unik yang terdapat di sekitar kawasan Lenggong. - Foto: JMG
Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan B40 di Kampung Kelantan, Lenggong pada Sabtu.
Kerajaan menyasarkan untuk menjadikan Lembah Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan tahun ini sebelum diisytiharkan sebagai Geopark Global pada 2025.
Gambar arkib seaktu kajian di salah sebuah tapak sekitar kawasan Lembah Lenggong. - Foto: JMG
Gambar arkib seaktu kajian di salah sebuah tapak sekitar kawasan Lembah Lenggong. - Foto: JMG
Menurut Shamsul Anuar, Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad akan melakukan upacara pecah tanah projek pembinaan Galeri Geopark Lembah Lenggong minggu hadapan.
Pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan dan seterusnya Geopark Global akan memberi impak kepada pembangunan sosioekonomi di Lenggong, khususnya sektor pelancongan, sekaligus memberi manfaat kepada masyarakat tempatan.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Topic Berkaitan
#tapak geologi
#geotapak
#geopark
#Lembah Lenggong
#Geopark Kebangsaan
#lumbah kinta
#Shamsul Anuar Nasarah
#pelancongan
#sosioekonomi
#pengiiktirafan
#shm
#weekender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan