awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 500 balai hadapi masalah kekurangan anggota, isu penjawatan

Bernama
Bernama
21/11/2018
10:07 MYT
Lebih 500 balai hadapi masalah kekurangan anggota, isu penjawatan
Apa yang berlaku sekarang ialah 65 peratus daripada keseluruhan 791 balai polis (lebih 500 balai) di seluruh negara mempunyai kekurangan anggota. - Gambar fail
Lebih 500 balai dari keseluruhan 791 balai polis seluruh negara kini menghadapi masalah kekurangan anggota dan isu penjawatan, menurut Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Asri Yusoff.
Menurut Asri, kebanyakan balai itu kini diketuai oleh anggota yang hanya berpangkat sarjan yang menjalankan tanggungjawab selaku Ketua Polis Balai (OCS).
Tambahnya lagi, sekurang-kurangnya 35 anggota diperlukan bagi sesebuah balai polis beroperasi dengan lancar, dengan anggota sekurang-kurangnya berpangkat Deputi Superintenden (DSP) untuk mengetuai balai berkenaan.
"Namun, apa yang berlaku sekarang ialah 65 peratus daripada keseluruhan 791 balai polis (lebih 500 balai) di seluruh negara mempunyai kekurangan anggota," kata Asri, sambil menambah terdapat balai polis di Sabah dan Sarawak yang hanya mempunyai lima anggota dan ke bawah.
"Kebanyakan OCS daripada balai polis berkenaan itu juga hanya berpangkat Sub Inspektor hingga Sarjan," kata beliau kepada pemberita selepas majlis perasmian Balai Polis Tanjung Kupang di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penyumbang kepada peningkatan anggota polis berpangkat rendah memilih untuk bersara awal.
"Mereka ini bila anak-anak dah habis bersekolah dan mula bekerja, mereka akan memilih untuk bersara awal," katanya, sambil menambah tempoh bertugas yang lama melebihi lapan jam bagi sesuatu syif juga menyumbang kepada perkara ini.
Beliau berkara pihak Bukit Aman sedang melihat kepada Model Kepolisan Moden yang telahpun dipraktiskan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dan Balai Polis Brickfields di ibu negara sebagai langkah menangani isu kekurangan anggota dan anggota berpangkat rendah ini.
Model Kepolisan Moden ini mula dijalankan selepas satu kajian dijalankan pada 2015.
Model itu menuntut sekurang-kurangnya 35 anggota ditempatkan pada satu-satu balai dan ianya diketuai oleh anggota yang berpangkat DSP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota polis
#asri yusoff
#balai polis
#polis pdrm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan