awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 500 ditahan kerana ingkar PKP, kebanyakannya pengunjung pub dan kelab malam

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
27/09/2020
07:09 MYT
Lebih 500 ditahan kerana ingkar PKP, kebanyakannya pengunjung pub dan kelab malam
Masih ramai yang melanggar peraturan dan pada Sabtu, polis telah menahan 523 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA:Hari ke-194 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini, masih ramai yang melanggar peraturan dan pada Sabtu, polis telah menahan 523 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 483 individu telah dikompaun manakala 40 direman.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti dalam pub dan kelab malam (356), penjarakan fizikal (105), tidak memakai pelitup muka (38).
“Selain itu, kesalahna lain adalah gagal menyediakan peralatan untuk merekod butiran diri (20) dan tangkapan empat pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambah beliau, Operasi Benteng yang dilakukan semalam juga telah berjaya melakukan tangkapan yang melibatkan 75 PATI.
“Turut berjaya dirampas tiga kenderaan darat. Sebanyak 98 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan pada Sabtu,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata sejak 24 Julai sehingga 26 September 2020, seramai 35,991 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan telah ditempatkan di 67 Hotel dan 9 premis lain.
“Mereka telah pulang dari 33 negara termasuklah Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Laos dan Qatar,” katanya.
Topic Berkaitan
#PKP
#ingkar
#ismail sabri yaakob
#polis
#pati
#menteri
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan