JOHANNESBURG: Seramai 543 pekerja sebuah lombong emas di timur Johannesburg di Afrika Selatan dijadikan tebusan sejak Ahad lepas, lapor Xinhua pada Selasa.
Setiausaha sementara bagi National Union of Mineworkers (NUM) Afrika Selatan, Mlulameli Mweli, berkata pekerja syarikat Gold One Mine masih berada di bawah tanah dan dihalang daripada keluar oleh beberapa kumpulan bersenjata.
Menurut jurucakap NUM Livhuwani Mammburu, sebahagian daripada tebusan menghidap penyakit kencing manis dan mereka tidak ada makanan.
"Ketika saya bercakap dengan anda, saya berada Gold One Mine, ahli kami ditahan. Sembilan anggota NUM cedera selepas diserang oleh samseng yang menghalang mereka daripada keluar,"katanya.
Mammburu berkata, NUM telah meminta agensi penguatkuasa undang-undang negara itu untuk campur tangan dan menahan samseng-samseng berkenaan.
Katanya, pekerja lombong itu ditahan pihak Association of Mineworkers and Construction Union, satu lagi kesatuan yang mahu mendapat pengiktirafan syarikat perlombongan itu.
Gold One Mine dalam satu kenyataan berkata pihaknya sedang berhubung dengan Jabatan Sumber Mineral dan Tenaga serta polis untuk menyelesaikan perkara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023
Pekerja lombong itu ditahan pihak Association of Mineworkers and Construction Union, satu lagi kesatuan yang mahu mendapat pengiktirafan syarikat perlombongan itu. - Gambar/ AP
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Portal UP_TVET bertujuan untuk memudahkan proses permohonan
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dahulunya mengelirukan kini dibuat melalui satu saluran tunggal iaitu menerusi portal Unit Pengambilan TVET atau singkatannya UP_TVET yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Kerajaan digesa bawa Mala pulang dari penjara Nepal
Kerajaan didesak untuk membawa pulang seorang rakyat Malaysia yang meringkuk di penjara Nepal atas kesalahan Imigresen.
Jemaah lega dapat luah perasaan di Ranting Hati
Jemaah haji Malaysia melahirkan rasa lega kerana berpeluang meluahkan perasaan sejak tiba di Tanah Suci menerusi tulisan terapi naratif yang menghasilkan Ranting Hati, satu inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) sebagai platform menangani cabaran sebagai tetamu Allah sepanjang operasi musim ini.
Proses penggapungan kapal ambil masa 21 jam
Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatannya. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaan yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikasi dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.
Iran berkabung tiga hari
Iran memulakan tempoh berkabung tiga hari susulan kematian Presidennya, Ebrahim Raisi yang terlibat dalam nahas helikopter pada Ahad yang turut mengorbankan Menteri Luarnya Hossein Amirabdollahian.Rakyatnya menyatakan kesedihan terhadap pemergian pemimpin mereka yang dikatakan berjasa dalam memelihara tembok keselamatan negara dari peperangan di rantau bergolak itu.
Ebrahim Raisi, Hossein Amir-Abdollahian individu penting perjuang isu Palestin
Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan menteri luarnya, Hossein Amir-Abdollahian disifatkan sebagai antara individu penting dalam usaha masyarakat antarabangsa memperjuangkan isu Palestin.
Kerajaan jamin bawa pulang pegawai perubatan terkandas di Rafah
Kerajaan memberi jaminan akan membawa pulang pegawai perubatan di bawah MERCY yang terkandas di Rafah, Gaza.
Israel sekal laluan darat, situasi bertambah buruk
Sekatan Israel ke atas laluan darat melumpuhkan kemasukkan bekalan kemanusian ke Gaza dan dijangka memburukkan lagi situasi semasa di Gaza.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia. Jelasnya, Netanyahu bukan sahaja berdepan penolakan masyarakat antarabangsa bahkan juga tentangan dari dalam kebinet perangnya sendiri.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Pengumuman campur tangan dalam kes ini adalah berikutan perluasan skop dan skala pencabulan Israel terhadap orang awam di Gaza.
45 terbunuh bas jatuh jambatan di Afrika Selatan
Seramai 45 penumpang bas terbunuh dalam nahas apabila bas yang dinaiki mangsa hilang kawalan, jatuh dari jambatan dan terbakar di wilayah Limpopo, menurut Jabatan Pengangkutan negara itu.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Gaza: Afrika Selatan teliti laporan Israel kepada ICJ sebelum ambil langkah susulan
Afrika Selatan sedang meneliti laporan yang dihantar Israel kepada ICJ mengenai langkah bagi mencegah genosid di Gaza sebelum memutuskan langkah seterusnya.
Afrika Selatan bakal adakan pilihan raya umum pada 29 Mei
Presiden Cyril Ramaphosa telah pun mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri yang berkaitan dan Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas untuk membincangkan mengenai perkara itu.
Afrika Selatan anggap Malaysia sekutu penting dalam perjuangkan hak Palestin
Afrika Selatan menganggap Malaysia sebagai sekutu penting dalam memperjuangkan hak Palestin dan menentukan nasib sendiri, menurut Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan ke Malaysia David E. Malcomson.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Afrika Selatan suarakan kebimbangan berhubung serangan Israel di Rafah
Timbalan wakil tetap Afrika Selatan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Marthinus van Schalkwyk pada Selasa menyuarakan kebimbangan berhubung serangan Israel ke atas Rafah.